30 Jun 2009

Hidup Ini Sangat Seronok........

Hidup ini memang seronok,dan yang paling seronok mengata orang. Seolah-olah kita tu tidak pernah ada kekurangan dan kedhaifan langsung.Kita yang betul !...Kita yang terbaik..!.Kita yang lebih islamik daripada orang lain.Ingatlah bahawa islam telah menuntut kita supaya jangan menjadi orang yang hipokrit.Islam menyarankan agar kita supaya sentiasa bermuhasabah diri masing-masing dan sentiasa menganggap atau meletakkan diri kita ini teramat hina di kalangan makhluk ciptaan Allah S.W.T di muka bumi ini."Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan"....luas pengertiannya,kita diminta menghisabkab diri kita sendiri baik dari segi amalan kebajikan kita,tutur kata kita,hubungan kita dengan Allah,sesama manusia dan alam sejagat sebelum diri kita dihisabkan oleh Allah S.W.T di hari yang tidak bermakna lagi segalanya selain dari mereka yang diberikan oleh Allah hati yang selamat.

Di dalam doa kita dituntut supaya berdoa dengan doa yang di anjurkan oleh Nabi S.A.W yang bermaksud ;"Ya Allah jadikan lah aku dikalangan hambamu yang bersyukur,dan jadikanlah aku dikalangan hambamu yang sabar,dan jadikanlah diriku pada pandangan ku teramat kecil(hina/rendah diri) dan pada pandangan manusia teramat besar(mulia/hebat)dengan rahmatmu ya Allah.." Amin Yaa Raabal Alamin.Dalam pepatah melayu pun ada menyebut dengan bunyinya"Ular menyusur di bawah akar takkan hilang bisanya.."
marilah kita sama-sama renungkan semoga ianya bermanafaat...

24 Jun 2009

Selamat berkursus

Assalamulaiukm.w.b.t

Kepada kawan-kawan di SKMS selamat berkursus membuat Blog yang akan di kendalikan oleh Ustaz shafie pada petang ini (30.06.2009).Jangan lah tidur pulak ,masa ni memang waktu untuk zzzzzzzzzzzzzzz kan?....Yang pasti ada yang datang kerana "WAJIB HADIR" tegas Mak Cik....hehehehhe.

23 Jun 2009

Kata Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah)

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.


Kata Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah)

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

JANGAN CALONKAN MEREKA YANG SUDAH TEWAS



Bagi Pilihanraya Kecil Manik Urai,Pihak BN atau khususnya UMNO disarankan tidak meletakkan calon yang sudah beberapa kali tewas dalam Pilihanraya baik Pilihanraya Umum atau kecil sebelum ini.Ini adalah untuk memastikan kemenangan BN di sana.Apa yang jelas mereka telahpun di tolak oleh rakyat .Kalau sekali tewas itu boleh dikatakan rakyat tersilap pilih,tapi kalau dah beberapa kali ,bukan lagi kesilapan,tapi itu merupakan isyarat yang jelas daripada rakyat di kawasan tersebut.Jadi buat apa meletakkan mereka yang telah jelas ditolak oleh rakyat.Bagitu juga dalam melantik ke jawatan- jawatan penting dalam badan perhubungan negeri ,khususnya di KELANTAN ..Persoalannya ,sudah tidak ada orang lain lagikah yang layak untuk memegang jawatan tersebut?.Kita tidak nafikan mereka itu berpengalam dan bijak ,tapi kehendak rakyat harus dijadikan sebab,”rakyat didahulukan,pencapian diutamakan “


PuteeraPm
Gerik ,Perak
.

02 Jun 2009

Assalamulaiukm.w.b.t..

Bersama Cikgu Fadhil Naib Ketua Pemuda UMNO Grik di SKMS

assalamulaikum..w.b.t
Siapa yang cun ni......:)
Semasa Berada di dalam kelas selepas P&P