18 November 2009

Hari Anugerah Mahkota 2009



Hari Anugerah Mahkota 2009 telah diadakan pada 16 november 2009, isnin yang lalu.Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Tan Lian Hoe,Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Gerik.Seperti biasa,majlis ini di adakan di Dewan Serbaguna Gerik yang telah di tempah beberapa minggu yang lalu.Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis pada hari tersebut iaitu Cikgu Fadhil b Majid dan Cikgu Marina bt Ismail.Kemudian majlis dihiasi dengan bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Zamri bin Zakaria dan diikuti oleh ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar SKMS ,Puan Hajjah Badariah bt Hj Mat Dom selaku tuan rumah.Sejurus selepas itu ,ucapan Pengerusi PIBG SKMS ,En Rosli b Hasyim.Ucapan Perasmian telah disampaikan oleh YB Dato'Tan Lian Hoe bertepatan dengan waktu yang ditetapkan memandangkan YB Dato' akan bergegas ke Kuala Lupur sejurus selepas selesai ucapan perasmiannya kerana beliau perlu menghadiri sesi Dewan Rakyat pada tengaharinya.Pada ucapan persamiannya ,YB Dato' telah mengumumkan pemberian peruntukkan sebanyak RM1000.00 untuk Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari. Majlis diserikan juga dengan persembahan Kalam Jamei,Action Song,Rekorder yang dipersembahkan oleh murid-murid tahun 3 hingga 5,manakala Bahasa Cina telah disampaikan oleh murid-murid tahun satu di bawah bimbingan Puan Lau Hiu Yen yang bertanggungjawab mengajar Bahasa Cina di SKMS.Majlis tamat pada pukul 1.30 petang dan semua guru dan tetamu jemputan menjamu selera.Alhamdulillah majlis kali ini berjaya seperti yang diharap-harapkan.


17 November 2009

Tajaan Haji Dan SPRM

Sejak akhir -akhir ini kita dihangatkan dengan pelbagai isu-isu yang tidak enak didengar oleh kita sebagai orang islam lebih-lebih lagi kepada pejuang-pejuang kebenaran sepanjang zaman.Isu yang dihidangkan kepada kita kali ini ialah berkenaan dengan Tajaan menunaikan haji yang di tawarkan oleh sebuah syarikat kepada Tok Guru Nik Aziz sekeluarga untuk menunaikan Haji pada musim ini.Namun,semalam kita mengetahui bahawa penolakkan telah di buat oleh YAB Tok Guru dengan kata lain beliau tidak jadi untuk menunaikan Haji pada musim ini oleh kerana isu tersebut sedang hangat di gembar-gemburkan di seluruh pelusuk tanahair tercinta ini.Kata ketua pembangkang DUN kelantan,Datuk Alwi Che Mat :“Dalam PAS dia bukan rasuah juga bukan makan suap tapi suap makan maknanya apabila disuap dia makan kerana suap makan sudah menjadi perkara biasa pada PAS”.Teringat saya pada kata-kata Tok Guru suatu ketika dulu"bagi gula kacau,bagi kain pakai,"kini di tambah sikit bagi Tajaan ke Mekah ,Pergi..Tetapi pada kita ,kalau benarlah ketelusan di pihak penaja itu,kenapa dia Membuat tajaan kepada MB yang sememangnya mempunyai kuasa untuk menentukan seluruh hal ehwal pentadbiran khususnya untuk meluluskan sesuatu projek di negeri ini??Kenapa penaja itu tidak menaja Pak cik -pak cik dan mak cik-mak cik di kampung yang tidak mampu dan teringin sangat untuk menunaikan ibadat yang terkemuncak dalam islam itu.Jadi pada kita mestilah ianya lahir dari niat untuk mendapatkan sesuatu atau kata orang" mesti ada Udang di sebalik mee".jadi marilah sama-sama kita manilai dengan fikiran yang waras tentang isu ini.Ingat lah kita semua adalah insan biasa yang tak boleh terlepas dari salah dan silap serta kelemahan baik kita orang PAS atau UMNO dan PKR.

12 November 2009

Majlis Khatam Al-Quran Di SKMS



Maksud hadis Nabi SAW "Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah mengajarnya membaca al-quran,mengajarnya berenang dan tidak memberi rezeki kepadanya kecuali yang baik-baik." Hari ini majlis Khatam Al-Quran telah pun diadakan di Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari yang telah dirasmikan sendiri oleh Guru Besar SKMS Puan Hajjah Badariah Bt Hj Mat Dom .Majlis Bermula pada pukul 8.15 am dengan di pengerusikan oleh Cikgu Fadhil B Abdul Majid.Pada kali ini majlis diadakan di Dewan SKMS dan turut dihadiri oleh semua murid dari tahun satu sehingga ke tahun enam.Pada tahun ini ,Majlis Khatam ini hanya berfokus kepada murid=murid tahun enam yang sudah khatam Al-Quran......bersambung

Nah Ambik Nih...Puak Demo Pulak



Orang kanan Husam vs menantu Nik Aziz : Ada yang bakal meletup…. (Syed Azidi vs Mohd Ariffahmi) Ni apa kebenda pulak ni? Eh tak percaya lee saya benda-benda macam ni pun boleh berlaku jugak dalam PAS dan lebih-lebih lagi orang yang berada di keliling kelalang Tok Guru Pulak tu.."menantu Tok Guru"...?? ech.ech..ech...Dunia ni dah nak kiamat dah kot..Kan saya sudah kata awal -awal lagi dahulu ,yang puak -puak PAS ni bukannya golongan malaikat dan orang yang maksum.Kita ni kalau Allah nak mengangkat ke darjat yang lebih tinggi,maka dia akan berikan ujian yang berupa-rupa bentuk termasuklah berbentuk kekayaan dari segi kewangan.Jadi ,situasi yang berlaku di Perbadanan Menteri Besar Kelantan sekarang ini boleh menggugat kepercayaan rakyat dan penyokong yang selama ini percaya bahawa orang -orang mereka tidak tertipu dengan ujian dunia tersebut.Namun tuhan ini sangat adil dan saksama dalam mengatur penghidupan dan urusan hamba-hambanya.Sebelum ini ,UMNO lah yang dituduh yang kononnya patut melakukan perkara-perkara seumpama ini.Hari ini Allah nak tunjuk pulak bahawa puak-puak demo pun tak kebal dan maksum.terima lah tamparan ini.Kata orang "kata dulang paku serpih,kata orang kita yang lebih..."Kita sama-sama tunggu dan lihat,siapa yang bakal kena selepas ini.

10 November 2009

Benarkah Bai'ah wujud dalam PAS?


Minggu lepas Khalid Abdul Samad memberitahu sidang dewan yang dalam PAS ada Bai'ah bagi sesiapa yang ingin menjadi calon dalam setiap pilihanraya baik umum atau kecil.Bai'ah itu tentang akan jatuh talak 3 kepada kepada isteri-isteri wakil tersebut jikalau kejadian yang terkandung di dalam Bai'ah itu terjadi.Bagitulah katanya..Tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang ini ,adakah ianya benar-benar berlaku atau pun direka-reka cerita sahaja.Tapi kalau nak direka cerita takkan lah ramai juga diantara wakil rakyat dan pimpinan tertinggi mereka yang mengiakannya.Dalam pada itu ada juga di kalangan mereka yang menafikannya yang pada hemat saya semata-mata untuk menjaga nama baik parti mereka itu.Kalau lah betul perkara itu berlaku ,pada saya, saya tidak sanggup untuk memperjudikan kebahgiaan rumahtangga yang kita bina selama ini.Kalau dah talak tiga telah jatuh,bermakna kita tidak ada peluang lagi untuk kembali bersama isteri tercinta dan kerukunan rumahtangga kita akan tercalar ,retak dan terus hancur. Apa semua ini?apa salah mereka?sehingga kita sanggup memperjudikan hati dan perasaan mereka untuk di permainkan dan dimainkan oleh kita atas dasar menjaga politik yang sempit itu?Adakah kita telah di beri lesen oleh Allah untuk mempermainkan hati dan perasaan Isteri dan anak-anak kita ??Apa salah mereka? Peraturan apakah ini?.............

Piala Malaysia... Oooo...Piala Malaysia

Malam 7 November 2009 yang lalu Negeri Kelantan dan semua rakyat jelata di Tanah Serendah Sekebun Bunga itu telah di landa demam Piala Malaysia yang julung-julung kali disertai oleh Negeri Cik siti wan Kembang ini setelah 41 tahun lebih menunggu untuk menyertai Piala Yang amat bermakna di arena Bolasepak Tanahair tersebut.Semenjak kelantan membelasah pasukan Perlis di separuh akhir yang kedua di Kangar dengan agregat 5-1 ,maka bermula dari saat itulah kita rakyat Kelantan telah memasang niat yang insya Allah Red Warrior akan dapat merealisasikan inspirasi rakyat khususnya peminat-peminat bola sepak Kelantan agar dapat membawa balik Piala Malaysia pada tahun ini.Boleh dikatakan berpuluh-puluh ribu penyokong Kelantan yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam itu dengan satu matlamat agar Kelantan dapat membawa balik Piala Malaysia ke Negeri yang tercinta,namun hakiktnya tidak siapa yang dapat menduga ,yang mana pasukan Red Warrior awal -awal lagi menerima tamparan yang amat hebat setelah beberapa minit sahaja mereka beraksi,pasukan N9 dapat memboloskan gawang gol yang sememangnya di kawal rapi oleh Abe Ling (Halim Napi).Bermula dari situlah semangat yang membara dari peminat-peminat agak merudum dan terus merudum dengan kemasukkan gol yang kedua .
Setelah gol kedua merempuh jaring buat kesekian kalinya ,ruang Stadium yang dihuni oleh pasukan Kijang itu telah lenggang dengan keluarnya penyokong yang amat-amat kecewa dengan prestasi dan keadaan yang berlaku itu.Bermula dari situlah kita perhatikan tindak-tanduk penyokong-penyokong kelantan semakin keterlaluan dengan melempar mercun dan membaling botol minuman ke dalam padang dan ada yang membakar tempat duduk di dalam Stadium dan tidak kurang jugak mereka yang merusuh di luar Stadium .
3 Gol berbalas satu ,itulah keputusan yang muktamad yang perlu diakur oleh semua peminat bolasepak tanahair khususnya kita peminat Pasukan Kelantan.Kecewa...kecewa..kecewa..lagi buat kali ini.Sudah le..kekecewaan untuk memenangi Piala FA semasa menentang Pasukan selangor belum terubat,kali ini kekecewaan itu di tambah lagi dengan keputusan yang sememangnya tidak di duga akan berlaku.Tapi pada saya semua ini perlu di buat Postmortem..pertama sekali saya rasakan bahawa kita penyokong kelantan teramat besarnya penyakit takkabur yang bersarang di hati dan sanubari kita...bersambung

03 November 2009

Dr Asri di tangkap?...




Dr Mohd Asri Zainal Abidin bekas Mufti kerajaan perlis yang lalu,telah di tahan di Gombak oleh JAIS di atas tuduhan mengadakan ceramah dengan tidak ada tauliah.

27 Oktober 2009

Apa Maknanya Ini...?















Dua majlis yang berlainan tetapi matlamat dan perbincangan yang sama lagaknya.Ini semua mengundang kepada EGM atau pun mesyuarat khas yang perlu diadakan secepat mungkin agar ianya tidak menjadi barah yang semakin membengkak dan pecah seluruhnya.Dalam gambar tersebut Timbalan Mursyidul AM PAS Dato Dr Harun Din sedang berada dalam satu meja bersama KJ,Nasaruddin Mat Isa sedang berbincang dengan Dato Jamil Khir Baharom manakala Salahuddin Ayub sedang berbincang dengan Dato Syamsul Anuar Hj Nasarah.Sementara dalam gambar yang satu lagi ,Nasaruddin sedang menerima kehadiran Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia sambil diiringi oleh Azman Sapawi dan AJK Pemuda UMNO Malaysia ,Lokman Noradam di kediaman Nasaruddin di Nilai pada aidilfitri yang lepas. Mungkin disebabkan oleh situasi sebegini yang kerap diadakan menyebabkan Tok Guru Nik Aziz panas punggung dan terus membuka apa yang terbuku di hatinya dalam blog beliau.Sekarang ini rata-rata pemimpin mereka boleh dikatakan tidak mahu membuka mulut masing masing dengan memberi alasan tidak tahu menahu,tidak baca lagi blog Tok Guru dan macam macam lagi alasan mereka untuk menpertahankan kepincangan dan pergolakkan yang sedang hangat berlaku itu dari diketahui oleh penyokongnya yang sentiasa menganggap parti mereka itu maksum dari sebarang kecelaan dan keburukkan.Ingatlah semua...PAS pun manusia biasa jugak..!!!

Berpecahlah wahai PAS....

Mustahil dalam PAS ada krisis..!!tak mungkin...!!tak mungkin..!tak Mungkin..! begitulah gamaknya puak-puak baruanya berkata sesama mereka tentang apa yang berlaku dalam sebuah parti politik yang dikenali dengan PAS itu .Di sini saya sukacitanya ingin menyeru :"Wahai Haji Hadi,Nasaruddin Mat Isa,Hassan Ali,Mustafa Ali jom pakat jayakan kerajaan Perpaduan.Anda semua pejuang sebenar jikalau menyokong kerajaan Perpaduan."Em jikalau kita renungkan apa yang berlaku di Palestin nun jauh di timur tengah ..."hamas dan fatah....sejak dulu lagi tak bersatu ,kini penyakit itu dah nak berjangkit kepada Parti Islam Semalaysia pulak.Dulu kita ada mengatakan,"islam apa puak-puak arab palestin tu dok berbalah sesama sendiri.."Hah sekarang ni ambik le puak-puak demo pulak bila terkena batang hidung sendiri.Selesaikanlah....kata Datuk seri Dr Zahid Hamidi,"doa Tok Guru selama ini telah mengena batang hidung sendiri". Apakah krisis ini boleh mengundang kepada perpecahan PAS kepada dua puak pulak?,masing-masing kita tunggu dan lihat apa pula yang akan terjadi dalam masa terdekat ini.Puak-puak PAS disarankan agar mengajak penyokongnya untuk bersembahyang hajat dan bertakbir di stadium Sultan Muhammad iv di Kota Bharu beramai-ramai semoga di beri penyelesaiannya oleh Allah SWT dalam kemelut tersebut .

26 Oktober 2009

Bonus...Oh Bonus....


Di akhir-akhir pembentangannya barulah PM Datuk Seri Mohd Najib mengumumkan bahawa pemberian wang bonus untuk penjawat awam di panjangkan kepada semua penjawat awam yang lain.Apa yang kita maklum ,sebelum ini jawatan sokongan telah pun di berikan oleh kerajaan menjelang aidilfitri yang lepas sebanyak RM500.00.Jadi apa yang ditunggu-tunggu oleh keseluruhan warga awam terjawab dengan pengumuman tersebut.Terima kasih Datuk Najib....Alhamdulillah syukur kepada Ilahi di atas pemberian itu...walaupun ada dikalangan penjawat awam yang menentang kerajaan secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi,mereka pun turut berlapang dada dengan pemgumuman itu.Em mujur lah ada kerajaan yang dikatakan rasuah ini,yang dikatakan korupsi ini,yang dikatakan pengkhianat kepada rakyat ini,yang di katakan altantunya ini,yang dikatakan perkauman ini,yang dikatakan menindas rakyat ini dan bla..bla..bla..bla..yang saban tahun mengumumkan bonus untuk kita menarik nafas lega sedikit.Kalau nak mengharap kepada kerajaan yang depa dok kata memperjuangkan keadilan,memperjuangan hak rakyat,tidak mengamalkan rasuah,kerajaan telus,kerajaan yang pemimpinnya islamik dan bla..bla..bla..hampas pun tidak ada.Maka kerajaan BN jugaklah yang dok bagi kat hang wahai warga awam pembangkang...!!!!
Oleh itu insaf lah wahai warga penjawat awam yang musang berbulu ayam.Tapi kalau semua warga awam yang berbulu ayam itu masih juga nak berpatah arang,saya cabar supaya letak jawatan dalam kerajaan yang kalian dok mendokong visi dan misinya sekarang ini.Hah kalau dah keluar kerajaan tu, lantak hang lee nak hentam kerajaan ke,nak apa ke .Tapi kalau masih dalam kerajaan,rasanya teramat janggal untuk hang nak hentam kerajaan.Orang panggil tak kenang budi orang.."menasia penama tak tahu balas budi orang nie"...??

22 Oktober 2009

Jom Masuk UMNO Tok Him.....

Betul lah kata orang "Rohnya sudah lama berada dalam UMNO ,cuma tubuhnya sahaja belum lagi berada dalam UMNO.." Begitulah ungkapan yang boleh diucapkan tentang berita tentang keinginan masuk semula Dato Ibrahim Ali ke dalam UMNO .Memang sejak dari dahulu lagi beliau telah mengatakan bahawa UMNO adalah darah dagingnya.Betul tu Dato',sejak saya kenal orang yang bernama Ibrahim Ali,saya tahu bahawa beliau merupakan seorang yang memang berjiwa rakyat.Memang beliau tidak asing lagi di Kawasan Parlimen Pasir Mas,khususnya dalam UMNO itu sendiri.Ayahnya dahulu merupakan seorang Penggawa dan dikenali dengan Tok Gawa Ali pun merupakan seorang yang benar-benar mengambil berat tentang kebajikan rakyat kawasannya.Jadi memang kebetulan lah jikalau Dato Him kembali ke pangkuan UMNO,bak kata orang sireh pulang ke junjung kerana kelebihan beliau ialah berjiwa rakyat dan sesuai dengan pendekatan yang diuar-uarkan oleh YAB Perdana Menteri " 1Malaysia -rakyat di dahulukan ,pencapaian diutamakan......".Oleh sebab itu juga ,Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin Mengatakan bahawa Ibrahim Ali ada kekuatan dan kelebihannya yang tersendiri yang tidak ada pada orang lain...bersambung...

15 Oktober 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009


Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah pun bermula pada 13 oktober 2009 bersamaan dengan 24 syawal 1430H di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) dua hari yang lepas.Sebelum majlis bermula,semua perwakilan dan Ahli Majlis Tertinggi menghadiri majlis taklimat yang di sampaikan oleh Presiden Parti yang juga Perdana Menteri ,Datuk Seri Mohd Najib bin Haji Tun Abdul Razak .Pada perhimpunan Agung kali ini Presiden Parti,YAB Datuk Seri Mohd Najib mengatakan bahawa usaha pembaharuan akan dilakukan dengan pindaan Perlembagaan Parti dan merupakan usaha penjenamaan semula parti agar sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa bagi memastikan kelangsungan UMNO .Selama ini beberapa isu utama yang sentiasa hangat diperkatakan tentang UMNO ialah mengenai sistem kouta, syarat untuk bertanding, kesukaran menjadi ahli ekoran dakwaan wujudnya sekatan di peringkat Cawangan dan beberapa isu lain. Menjawab persoalan itu, Najib berkata, dalam soal bertanding, cadangan pindaan yang akan dikemukakan pada EGM itu nanti memberikan kelayakan yang paling minima bagi membolehkan seseorang itu bertanding jawatan dalam parti. “Tiada syarat (untuk bertanding) cuma kelayakan minima sahaja,” ujar beliau. Bagi Majlis Tertinggi termasuk jawatan Presiden, seseorang itu hanya perlu memegang jawatan di peringkat Bahagian bagi satu penggal dan ia termasuk mereka yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian. Manakala bagi mereka yang hendak bertanding jawatan di peringkat Bahagian pula, seseorang itu mestilah menjadi ahli UMNO sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum layak bertanding. Ditanya harapan beliau terhadap pindaan tersebut, beliau berharap para perwakilan akan menyokong pindaan berkenaan. Mengulas semangat pindaan tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyimpulkan bahawa dengan pindaan tersebut ia akan menjadikan UMNO parti yang paling demokratik di negara ini berbanding parti lain termasuk pembangkang ...bersambung

Jamuan Aidil Fitri Di SKMS

Pada tanggal 13 Oktober 2009 bersamaan dengan 23 syawal 1430H yang lepas Jamuan Aidil Fitri telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari,Gerik (SKMS).Sebenarnya majlis ini telah di rancangkan sebelum raya lagi .Tarikh yang dipilih dahulunya pada 12 oktober 2009 ,tapi oleh kerana Us.Zamri perlu menghadiri Taklimat sukatan pelajaran Bahasa Arab di Kuala Kangsar maka majlis tersebut di tangguhkan kepada keesokkannya pulak.Jadi alhamdulillah,sempat juga saya nak meraikan majlis tersebut bersama-sama dengan warga SKMS seluruhnya.Majlis di mulakan pada pagi hari lagi. Selepas perhimpunan pagi,kami mengadakan sessi pengambaran bersama-sama dengan masing-masing mempergayakan Baju Raya pada tahun ini.Walaupun raya sudah ke penghujungnya ,namun suasana itu masih lagi terasa dengan Takbir dan nyanyian raya turut di kumandangkan semasa majlis itu berlangsung.Di antara sajian yang menjadi pilihan untuk santapan kami pada hari itu ialah Nasi Kerabu,Nasi Himpit,Laksa Penang,Kuih Mueh dan macam-macam lagi termasuklah jugak Kek Coklat yang di import terus dari Seri Iskandar(Isteri tercinta yang buat :) khas untuk jamuan tersebut.Majlis jamuan dimulakan dengan bacaan doa selamat yang di bacakan oleh al-Fadhil Us Zamri dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.Bagi yang mempunyai kelas,kami tidak lupakan walau pun dalam suasa tersebut,tanggungjawab adalah tanggunjawab yang perlu di laksanakan.Namun yang pasti jamuan tersebut bukanlah yang pertama kami adakan .Sebelum ini pun telah beberapa kali kami adakan jamuan seumpama itu sebaik saja adanya warga di sini mendapat imbuhan seperti Hadiah Khidmat Cemerlang,dapat Kenaikan Pangkat,Pengesahan Jawatan dan lain-lain.Walau apa pun alasannya,dengan majlis ini kami dapat merasakan bahawa ianya mampu merapatkan lagi hubungan sesama kami di sekolah ini.Akhir sekali ,diharapkan majlis seumpama ini juga dapat dikekalkan sebagai tradisi kami di SKMS saban waktu dan ketika pada masa -masa akan datang.

14 Oktober 2009

Isa Menang Bergaya di Bagan Pinang

Pada awal-awal lagi kemenangan telah nampak berpihak kepada BN .Apa tidaknya,Pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon di situ merupakan satu pemilihan yang tepat .Beliau merupakan seorang yang telah lama di kenali oleh penduduk di Teluk Kemang khususnya di Bagan Pinang itu.Kali ini Tan Sri Isa Menang bergaya dengan majoritinya bertambah daripada sebelum ini.Tahniah Tan Sri Isa!!....ucapan itu banyak kita dengari semenjak nama beliau di umumkan menang di PRK N31 Bagan Pinang dengan mengalahkan calon PAS Zulkifli Mohamad Omar yang merupakan Pensuruhjaya PAS Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, masih lagi kita kedengaran ada pihak-pihak yang yang tidak berpuas hati dengan kemenangan tersebut.Ya lah alasan yang memang kita dengar dari dulu-dulu jugak,"BN guna duit,BN menipu ,BN bawa lari peti undi,BN tukar peti undi dan bla-bla...." Tapi yang kita hairan ,bila sahaja Parti mereka yang menang,mereka tak lah pulak menimbulkan perkara tersebut.Memang kita tidak nafikan bahawa Bagan Pinang merupakan kubu kuat BN,tapi harus juga kita ingat bahawa BN telah dapat mengurangkan majoriti pembangkang dalam siri-siri PRK sebelum ini,contohnya di Manek Urai yang majoritinya 65 undi sahaja yang di menangi oleh Puji Ikan .Ini merupakan rekod yang baik yang harus dikekalkan dan di pertingkatkan dari masa ke semasa.Kita tidak mahu menyalahkan rakyat yang mengundi pembangkang pada Pilihanraya umum ke12 yang lepas.Apa yang kita maklum,pada PRU ke12 yang lepas rakyat dijanjikan dengan janji yang sangat mengasyikkan bagi sesiapa pun yang mendengar siri-siri ceramah dan manifesto pembangkang pada ketika itu.Tapi sekarang ini rakyat sudah kembali kepada landasan yang betul untuk mereka bergantung harap.Tengok lah apa yang berlaku di Penang,di Kedah,di Selangor,di Kelantan ,dan dahulunya di Perak semuanya tidak dapat menunaikan janji mereka yang amat diharapkan oleh rakyat .Jadi sejak akhir-akhir ini kita dapat rasakan bahawa iklim sudah banyak berubah,dan insya Allah bila menjelang PRU ke 13 nanti BN akan memperolehi majoriti 2/3 seperti dulu-dulu ...bersambung

06 Oktober 2009

"Zilzalah" di Padang Ibrah Untuk Semua










Beberapa tahun yang lalu pada tanggal 26 disember 2004 kita telah dikejutkan dengan peristiwa Tsunami yang telah melanda Acheh dan telah menyebabkan puluhan ribu kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang bukan sedikit.Kali ini Indonesia sekali dikejutkan dengan peristiwa yang menyayat hati bagi sesiapa yang dapat menilai erti kemanusiaan.Gempa bumi di Padang ,Sumatera telah menyebabkan beribu-ribu nyawa melayang dan kemusnahan prasarana yang banyak.
Seluruh dunia telah menghantar pasukan penyelamat dan pelbagai bantuan berbentuk kewangan, pakaian ,ubat-ubatan dan lain-lain telah dihulurkan kepada penduduk di Padang.Tidak ketinggalan juga negara kita "malaysia" yang termasuk dalam kategori negara yang terawal menghantar pelbagai bantuan.Sebagaimana kita maklum walaupun sebelum ini negara kita dan rakyat negara ini dikecam oleh sesetengah rakyat indonesia dalam isu Tarian Pendek sehinggakan rakyat kita yang tinggal di negara itu di ancam dengan sweeping malaysia dengan buluh runcing,tapi kita sedikit pun tidak loket untuk membantu mereka di atas dasar keagamaan ,kejiranan serumpun dan kemanusiaan.Sebenarnya bukan sekali perasaan kita diguriskan dan dilukakan oleh mereka ,kita masih ingat bagaimana mereka membakar jalur gemilang kita di hadapan kedutaan kita di jakarta dan boleh diktakan di seluruh negara mereka kerana kebencian mereka kepada kita.
Diharapkan dengan bantuan dan pertolongan yang telah dihulurkan oleh negara kita ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan rakyat mereka yang tidak pandai menilai erti persahabatan dan erti kejiranan.Itu belum termasuk lagi berapa ramaikah diantara mereka yang mencari rezeki di negara jalur gemilang yang mereka bakar itu.Boleh dianggarkan jutaan atau ratusan ribu rakyat mereka yang mencari sesuap nasi di negara kita yang tercinta ini.Sehinggakan kerajaan kita baru -baru ini turut membincangkan tentang kenaikan elaun pembantu rumah dikalangan mereka kepada Rm 800.00 sebulan.

29 September 2009

10 Hujah Nik Aziz Perlu Berundur


Semalam dalam Akhbar Utusan Malaysia telah keluar berita yang bertajuk "10 hujah nik aziz perlu berundur" yang di kemukakan oleh Dato' Paduka Ibrahim Ali.Saya amat tertarik dan mengiakannya selepas meneliti dan merenung apa yang di lontarkan oleh Tok Him itu.Kalau dah tak larat nak pimpin kelantan tu bagi lee kat orang lain pulak yang lebih layak.Nak memerintah sampai kiamat katanya pada suatu ketika dahulu.Nak perintah negeri ,tapi tak pandai nak cari hasil mahsul yang boleh menolong rakyat,asyik dok berceramah menghentam orang lain yang konon nya BN tak layak memerintah negara,walhal BN sudah memerintah setengah abad lamanya,yang dok mengata tu ,dia perintah satu negeri pun tak terjaga seperti yang dituntut oleh islam,makin jauh adalah.Semasa cuti hari raya lepas ,ketika menziarahi sanak saudara di kelantan,saya dapat melihat bagaimana keadaan kelantan sekarang yang dikatakan serambi mekah ,kerajaan islam dan macam-macam lagi yang selayaknya untuk mereka yang seolah-olah maksum dari kesalahan.Usah lah kita meilhat perkara-perkara yang besar,sudah cukup kita lihat dari segi kebersihan .Pergilah lah ke Kota Bharu,di sekitar bandar Kota Baharu dan lain-lain dengan sampahnya mengalahkan negeri-negeri yang tidak melebalkan negeri islam@serambi mekah.Hari sabtu yang lepas saya sempat ke Pantai Seri Tujuh ,Tumpat Kelantan,masya Allah dengan sampah yang bertimbun-timbun tak terjaga.Mana tong sampah? tengok kiri kanan,satu pun tak ada.MDT tak buat kerja ke?Nak kata kepada pengunjung pun tak boleh jugak,kalau dah MDT tak sediakan tong sampah.Itu bab sampah yang telah Jelas disebut oleh Nabi SAW dengan mulutnya yang mulia,antara maksudnya"kebersihan adalah separuh daripada iman". Itu belum masuk lagi kepada muda -mudi yang perpelukkan dikhalayak ramai,muda mudi yang merempit ,yang dok curi kebel telefon,pecah masuk rumah orang,menghisap dadah dan lain-lain.
Jenayah pun banyak berlaku,kerana mereka tak ada pendapatan yang tetap ,maka mereka mencuri,merompak dan berbagai lagi kesalahan.Ini siapa yang patut dipersalahkan?

Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Dato' Ibrahim Ali :
n Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.
n Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.
n Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.
n Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.
n Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.
n Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.
n Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.
n Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.
n Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.
n Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.
Hidup Dato'Him!!! Hidup Dato'Him!!!..Hidup Dato' Him!!!

17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Dan Batin

Allahu Akbar.....Allahu Akbar..Allahu Akbar...Laailaaha illa Allah huwa Allahu Akbar...Allahhu Akbar WaLillah ilhamd....

Hari Raya Aidilfitri menjelma lagi menemui kita umat islam setelah sebulan kita berada di dalam bulan yang penuh barakah"Ramadhan"...Samada mahu tidak mahu kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal dahulu untuk Ramadhan kali ini...Dan Insya Allah jikalau diberi umur panjang, kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun hadapan,namun yang pasti tahun-tahun hadapan adalah merupakan Ramadhan yang lain pula.Kata orang,yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi buat selamanya.Betul lah kata Imam Ghazali..."jikalau bintang, matahari dan bulan itu dikatakan jauh ,akan tetapi masa itu lebih jauh lagi dari kita semua" ini adalah kerana masa yang telah lalu tidak mungkin untuk kita menggapainya kembali.
Dalam pada itu kita sedar bahawa Nabi SAW telah bersabda antara lain maksudnya;Jikalau umat ku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan,nescaya mereka akan mengharapkan seluruh tahun tersebut sebagai Ramadhan" . Begitulah kedudukan Istimewa tersebut di berikan kepada Ramadhan.
Pada tahun ini kita akan menyambut hari raya pada hari ahad atau isnin minggu hadapan(20@21/09/09) mengikut Rukyatul Hilal Bulan Syawal dan akan diputuskan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam ahad nanti."Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan,kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan bertemu Allah SWT di syurga kelak"Di hari yang mulia ini marilah kita menyusun jari saling memohon maaf di atas segala kesalahan yang lalu beik daripada tutur kata dan perbuatan,maaf jua perlu dipinta,semoga ikatan ukhuwah kita tetap terjalin selamanya. Lupakan segala sengketa yang berlaku kerana itu semua tidak memberikan apa-apa faedah kepada kita malah boleh memberi kemusnahan yang amat ketara.
Bagi yang berada diperantauan dan akan balik pada besok hari ,berhati-hati di jalan raya semoga selamat sampai dan semoga berada di samping keluarga dan sanak saudara dalam keadaan yang berbahagia..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

15 September 2009

Lailatul Qadar....Kami Merindui Mu

Bissmillahhirrahmaanirrahim.....

Sedar tak sedar, hari ini kita telah berada pada tanggal 25 Ramadhan 1430H bersamaan dengan 15 september 2009 ,rasanya sekejap saja masa meniggalkan kita semua tanpa kita sedari bahawa kita telah berada di 1/3 akhir Ramadhan.Ini bermakna kita telah melepasi 2/3 apa yang dikatakan"awalnya rahmat,pertengahannya pengampunan dan akhirnya kelepasan daripada api neraka"...Ya allah kami memohon kepada keredhaan mu untuk kami masuk syurgamu,dan kami memohon agar kamu menghindari kami daripada bakaran api nerakamu...amin."
Sesungguhnya untuk mendapatkan Lailatul Qadar bukannya semudah yang diucapkan oleh bibir dan lidah sahaja,tapi yang pasti ianya memerlukan kepada kesungguhan dan mujahadah kita yang tinggi untuk kita bertemu dengannya.Lailatul Qadar adalah janji Allah SWT yang pasti dan yang sememangnya dikhusus kepada umat akhir zaman ini atau dengan kata lain ,umat Muhammad SAW dengan ganjaran dan kelebihan berlipat ganda .
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang istiqamah dalam ibadat mereka di sepanjang bulan yang mulia ini kerana sudah pasti mereka ini tidak akan terlepas dari menemui Lailatul Qadar yang ianya lebih baik dari seribu bulan .83 tahun dan 3 bulan merupakan hayat yang panjang bagi umat ini,kalau dah Nabi SAW sendiri hanya 63 tahun sahaja tempoh hayatnya,maka kita umatnya tidaklah dapat menungkat langit ini sebegitu lama melebihinya.Ini merupakan satu keistimewaan yang Allah sediakan kepada umat ini kerana kalau nak dibanding dengan umur umat-umat terdahulu seperti umat Nabi Nuh ,Nabi Musa,Nabi Ibrahim dan lain- lain ,maka umur mereka itu jauh lebih lama daripada kita sehinggakan menjangkaui ribuan tahun lamanya.
Hisablah diri masing-masing,apakah amalan yang telah kita kerjakan pada bulan yang mulia ini yang boleh melayakkan kita mendapatkan kesemuanya apa yang dijanjikan oleh Allah .Layakkah kita mendapat semua itu jikalau siang harinya kita penuhi dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah malah jauh sekali untuk kita mendapatnya jikalau dalam masa yang sama kita asyik mengata kepada orang lain,dan mengumpat tentang mereka, sedangkan apa yang diumpat itu belum pasti betul atau tidaknya..Astaqfirullahal azim!
Ayuh lah kita berusaha untuk mengejar janjinya dalam waktu berbaki ini agar mudah -mudahan kita berjaya dalam madrasah ramadhan kali ini.usahlah kita mengharap kepada ramadhan yang akan datang ,kerana itu adalah menjadi rahsia mutlak Allah SWT,samada kita hidup atau mati belum tentu....Marilah kita memperbanyak kan zikir,membaca al-Quran,Bersolawat ke atas Nabi,bersedekah dan beriktikaf dan sebagainya....mudah-mudahan Ramadhan ini dapat merubah kita menjadi hamba yang sentiasa bertakwa kepada penciptanya...

" Ya Allah , kami memohon dengan keberkatan bulan yang mulia ini ,agar engkau jadikanlah kami ini di kalangan hambamu yang benar-benar bertakwa dan hamba mu yang sentiasa bergantung harap kepada mu.Ya Allah...., hindarilah diri kami ,keluarga kami,kaum kerabat kami,masyarakat kami dan umat Muhammad SAW seluruhnya daripada azab seksa neraka mu...aamin"

11 September 2009

Bantuan Raya....Terima Kasih PM

Bissmillahirrahmaanirrahim..

Terima kasih Dato Seri... itulah yang mampu diucapkan oleh lidah yang tidak bertulang ini kepada Perdana Menteri kita yang pandai menilai dan melihat perit jerih rakyatnya di bumi Malaysia yang bertuah ini.Apa yang dimaksudkan di sini ialah kerana Perdana Menteri mengumumkan pemberian duit bantuan raya sebanyak RM500 seorang kepada Penjawat Awam daripada golongan kakitangan sokongan.
Tetapi dalam pada itu saya yakin masih ada di antara mereka di luar sana yang masih tidak puas hati dengan pemberian oleh kerajaan itu.Mungkin ada di antara mereka yang mengatakan"bagi sikit jer"dan ada juga yang mengatakan kerajaan mengula-gulakan rakyat dan macam -macam lagi kata-kata yang terkeluar dari mulut orang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang di beri.Kata orang Kelate"bagi skit mengepek bagi banyak pun mengepek masao mana nak bersyukur nyoh"Betullah sabda Nabi Saw yang bermaksud "Jikalau diberikan sebuah bukit daripada emas kepada manusia ,necaya mereka akan mengatakan alangkah baik kalau dapat sebuah atau dua buah bukit lagi seumpama ini...."
Kata Perdana Menteri,"kita sebagai kerajaan sekarang ini tidak perlu nak melebalkan kita sebagai parti islam, dasarnya islam,baru lah kita nak berbakti dan menolong rakyat."kalau hanya setakat mahu melebalkan itu, sesiapa pun boleh nak melebalkan seperti itu kerana ianya tidak memerlukan kepada modal sesen pun.Lagi pun sekarang ini kita lihat orang yang melebalkan seperti itu pun jauh menyimpang dari yang sebenarnya ,baik dari segi bakti mereka kepada rakyat atau kepada islam itu sendiri.....bersambung

"Ya Allah ,anugerahilah kepada kami pemimpin-pemimpin yang sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kehidupan kami ,pemimpin yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kami,pemimpin yang boleh mendekatkan kami kepada keredhaan mu,dan jauhilah kami sejauh-jauhnya daripada pemimpin-pemimpin yang hanya pandai berkata-kata dan pandai menabur janji palsu ,dan jauhilah juga kami daripada pemimpin-pemimpin yang hidup mereka hanyalah untuk memecahbelahkan perpaduan utuh yang telah wujud antara kami.....aamin yaa mujiibu al-daakwaat..."

09 September 2009

Boleh kah Dikatakan Pejuang Islam Yang Sebenar?

Bismillahhirrahmaanirrahim..

Isu perpaduan masih lagi disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin UMNO khususnya dalam arena politik tanahair.Tetapi isu ini masih tidak mendapat sambutan yang baik daripada pemimpin-pemimpin dari pembangkang khususnya PAS .Tok Guru Nik Aziz semasa ditanya tentang perkara tersebut ,dengan jelas beliau menegaskan bahawa"tidak perlu rundingan kerana itu cerita lama"... katanya.Betul lah itu cerita lama kerana isu ini bermula semenjak zaman Nabi SAW lagi.Tapi jikalau kita ada membaca sejarah Nabi SAW,dalam rangka-rangka permulaan pembentukan negara Islam Madinah dahulu baginda terlebih dahulu mengambil inisiatif dengan mempersaudarakan di antara kaum Uas dan Khazraj yang dahulunya merupakan musuh yang ketat di antara mereka.Begitu juga baginda Nabi SAW juga mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar untuk tujuan tersebut.Selepas daripada Nabi SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ,baginda juga mengambil baiah dengan kaum-kaum lain khususnya kaum Yahudi yang mendiami Madinah pada ketika itu.Selepas daripada selesainya proses mempersaudarakan di antara kaum-kaum tersebut dan baiah dengan kaum Yahudi, maka Nabi SAW pun membentuk Negara Islam Madinah dengan mewujudkan Sahifah Madinah atau perlembagaan madinah yang merupakan perlembagaan yang pertama wujud di dalam sejarah dunia .Jadi kalau kita fikir ,tanpa perpaduan boleh kah tercapai cita-cita PAS untuk membentuk Negara Islam?.Adakah mereka ini ada cara yang lain yang lebih baik dari cara yang telah di ajar oleh Nabi SAW pada 1400 lebih dahulu?Pada saya,Nabi SAW merupakan ikutan atau Qudwah Hasanah bagi kita Umatnya untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.Ini adalah kerana tindak tanduk Baginda adalah berdasarkan daripada wahyu Allah S.W.T .(Dan dia tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan agama islam menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.segala yang diperkatakan itu tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya) surah isyrak:3-4. Dalam soal ini tidak timbul UMNO tersepit ke atau PAS takut ditendang oleh UMNO buat sekian kalinya ,tapi kalau dah Islam sendiri telah menuntut supaya iklim perpaduan perlu ditiup dan didendangkan bagi menjayakan atau menghasilkan daulah islamiah ("baldatun Thaayibatun Waraban ghafur") yang diwar-warkan oleh PAS saban waktu dak ketika.Jadi kalau lah masalah perpaduan ini menjadi igaun PAS kepada masa silam mereka ,maka usahlah dicanangkan untuk membentuk Negara Islam dan undang -undang islam.Ini adalah kerana Negara Islam dan undang -undang islam itu sendiri telah diwujudkan oleh Rasullullah SAW setelah selesainya proses mempersaudarakan di antara orang mukmin dan dalam masa yang sama Nabi SAW mengambil baiah daripada orang kafir Zimmi seperti yang kita telah sedia maklum di atas tadi.
Kata orang kelate "keno ikut jelujur dia barulah jadi" boleh diibaratkan di sini,seperti seseorang yang nak mendirikan solat,perlu mengambil air sembahyang dengan tertib dahulu barulah boleh sembahyang,dan dalam sembahyang pula perlu mengikut tertib-tertibnya dengan rukun Qauli dan rukun fi'linya barulah terhasil sembahyang yang sempurna.Ini tidak ,masa ambil air sembahyang pun dah tidak ikut tertib ,jadi bagaimana sembahyag nak jadi baik dan sempurna dan bagaimana roh sembahyang itu dapat menghindarkan seseorang itu dari melakukan kemungkaran dan maksiat kepada Allah SWT.

" Ya Allah ,yang maha pemurah, lagi maha pengasihani, satu kanlah hati-hati kami umat Muhammad SAW ini supaya berada tetap dalam satu ikatan yang utuh dan kuat semoga kami dapat bersama dalam meninggikan lagi kalimah mu di muka bumi ini buat selama-lamanya.Jauhilah kami dari terjebak dalam bibit-bibit perpecahan yang boleh meruntuhkan agama mu yang mulia ini...Aaamin ya Rabbalalamiin.."

Kedudukan Melayu Dalam Perlembagaan

Bissmillahhirrahmaanirrahim..

Pada hari ahad minggu lepas saya sangat seronok membaca satu wawancara dalam Mingguan Malaysia berkenaan dengan kedudukan kita Orang Melayu dalam Perlembagaan.Dalam wawancara yang dinukilkan dalam Mingguan itu saya rasa sangat perlu dibaca dan diamati oleh semua warga negara kita baik kecil,besar ,tua atau pun muda lebih-lebih lagi kaum-kaum yang mendiami negara tercinta ini.Khususnya kaum Cina dan India ...Di sini saya masukkan wawancara tersebut untuk tatapan bersama....


MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?
MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.
Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?
MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.
Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?
MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.
Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.
Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.
Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?
MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.
Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.
Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?
MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-
undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.
Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?
MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.
Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?
MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.
Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?
MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama: raja sendiri yang memerintah. Kedua: raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga :raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.
Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?
MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.
Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?
MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.
Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.

20 Ogos 2009

Majlis Fatwa Kebangssan Mengeluarkan Kenyataannya.

Majlis Fatwa kata Nik Aziz "MENYELEWENG"!... TAK LAYAK dipanggil Tok Guru -kata Muhyiddin.

Isu syurga neraka bukan merupakan perkara baru yang dimainkan PAS apabila berlaku pilihan raya baik pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara yang paling kerap membuat kenyataan tersebut. Namun malangnya status Tok Guru yang diberikan kepadanya seolah-olah menjadi lesen untuk beliau terus membuat kenyataan yang mengguris hati umat Islam khususnya ahli-ahli dan penyokong UMNO. Walaupun pelbagai rintihan dan teguran dibuat, Nik Aziz tidak pernah berusaha untuk meperbetulkan keadaan jauh sekali meminta maaf. Terbaru tuduhannya bahawa ajaran Islam yang dibawa UMNO tidak boleh membawa seseorang itu ke syurga mendapat reaksi daripada Majlis fatwa Kebangsaan. Berdasarkan jawatankuasa itu, kenyataan Nik Aziz itu bukan sahaja salah malah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tindakan Nik Aziz memberikan fatwa yang songsang tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Nik Aziz untuk dipanggil sebagai Tok Guru tetapi amat merbahaya. Reaksi terbaru Majlis Fatwa itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, datuk Abdul Shukor Husin yang memaklumkan, berdasarkan pengesahan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-188 pada Mac 2001 terhadap keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan yang telah pun membincangkan isu ketentuan seseorang Islam itu masuk syurga atau negara pada sejak tahun 2000. Pada sidang media yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai hari Rabu, Abdul Shukor berkata, adalah salah untuk seseorang itu membuat kenyataan menentukan sama ada seseorang Islam itu masuk syurga atau neraka. "Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah mengikut ajaran Islam. "Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya. Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Majlis Fatwa untuk membuat fatwa berhubung dengan kenyataan terbaru Nik Aziz yang menyatakan Islam yang dibawa oleh UMNO palsu dan tidak boleh membawa seseorang itu masuk syurga. Walaupun Nik Aziz semalam cuba untuk membetulkan kenyataan yang dibuatnya berhubung dengan itu itu tetapi jika diteliti penjelasannya, ia tetap membawa maksud yang sama. "Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya sambil menambah mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga. Menurut Dr Abdul Shukor, semua pihak adalah diingatkan agar tidak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan perkara yang tidak betul atau pun bida’ah yang pada akhirnya mengeliru serta memecah belahkan umat Islam. "Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan bahawa dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka kecuali Allah S.W.T sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya. “Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita. "Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Jadi, agama itu kalau boleh dalam keadaan kita sekarang ini yang inginkan kepada perpaduan, amat penting kepada umat Islam kepada keharmonian. "Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama itu lebih tinggi," katanya. Sehubungan itu Abdul Shukor berharap sebagai tokoh dan arif mengenai agama, Nik Aziz dapat membetulkan pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan timbul di kalangan umat Islam. Sementara itu Muhyiddin pula berkata, Nik Aziz tidak layak dipanggil Tok Guru kerana telah membuat fatwa songsang yang mendakwa orang UMNO tidak boleh masuk syurga. Sehubungan itu beliau mengingatkan jangan kerana gelaran tok guru, orang ramai akan ikut sahaja apa yang dikatakannya. “Tok guru yang buat fatwa songsang seperti orang UMNO tak boleh masuk syurga adalah bahaya,” katanya semasa berucapa melawat bilik gerakan Barisan Nasional Sama Gagah di Permatang Pasir, petang Rabu. – 19/8/2007
(Ya Allah ya tuhan kami,Pimpinlah kami ke jalan yang kamu redhai dan jauhilah kami selama-lamanya dari menzalimi dan dizalimi dan juga jauhilah kami dari melakukan kesesatan dan menyesatkan orang lain....Aamiin ya Rabbal 'aalamin)

19 Ogos 2009

Orang UMNO Tidak Akan Masuk Syurga?

Jika hari Isnin Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata ahli UMNO tidak akan masuk syurga kerana UMNO membawa Islam palsu, hari Selasa beliau cuba menjelaskan kenyataannya tetapi jika diteliti penjelasannya itu, ia tetap membawa maksud yang sama. "Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya sambil menambah mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.Ini bukan kali pertama Nik Aziz berdolak dalik dalam kenyataannya dan juga bukan kali pertama memberikan fatwa berhubung dengan ahli-ahli UMNO kerana ia pernah dilaporkan berkata, Islam UMNO dan PAS tidak sama. Menanggapi sikap putar belit Menteri Besar Kelantan yang bergelar Tok Guru itu di samping macam-macam fatwa yang dibuatnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Majlis Fatwa dan alim ulama negara ini membuat pendirian serta mengeluarkan fatwa berhubung dengan kenyataan terbaru Nik Aziz itu.Tapi bagi kita perkara itu tidaklah mengejutkan kerana bila tibanya Pilihanraya Umum atau Kecil seperti sekarang ini,maka perkara seperti ini akan ditimbulkan sejak dari dahulu lagi.Dahulu kita dihidangkan dengan fatwa-fatwa yang bermacam-macam dari Tuan Guru-Tuan Guru mereka bermulanya mereka mengkafirkan Orang UMNO sehinggakan timbulnya sembahyang dua imam,pernikahan tidak sah .Terkemudian daripada itu berlakulah peristiwa Memali yang menyayat hati oleh kerana Fatwa daripada Tok guru-tok guru mereka.Ekoran daripada itu perpecahan berlaku dengan begitu tragis sekali di kampung-kampung sehinggakan penduduk khususnya di Kelantan dan Terengganu tidak menghiraukan di antara satu sama lain,mereka tidak boleh makan sembelihan yang dilakukan oleh Orang UMNO,Pernikahan yang dilakukan oleh Imam Umno tidak sah dan banyak lagi perkara-yang dilakukan oleh penduduk kampung kerana terikut-ikut dengan fatwa yang mengarut dan keterlaluan.Perkara mengeluarkan fatwa seperti ini sentiasa menjadi ramuan yang penting kepada PAS semasa menjelang setiap Pilihanraya untuk didendangkan kepada puak-puak barua mereka yang telah dicucuk hidungnya dengan harapan supaya mereka dapat memperolehi kemenangan dalam pilihanraya tersebut.Sebelum ini semasa PRK Manek Urai Tuan Guru Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang kononnya orang UMNO sesat macam "Ayah Pin Kerajaan Langit "dan macam "Komunis".Kali ini pula beliau juga mengeluarkan fatwa yang terlalu mengguris perasaan bukan sedikit penganut islam di negara ini dengan mengatakan "Orang UMNO tak boleh masuk Syurga".Sedangkan kita tahu bahawa urusan Syurga Neraka ini adalah hak mutlak Allah S.W.T sendiri.Tidak ada sesiapa pun yang diberi tugas untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka.Dalam hal ini teringat saya kepada salah seorang tua yang sudah berumur semasa bersembang secara berseloroh dalam hal ini dia mengatakan "Mugo Orang PAS dan Tok Guru dia ada anak kunci syurga tu gak".Tapi yang malangnya fatwa sebegini amat dipakai oleh orang-orang tua di kampung-kampung dengan alasan "Tok Guru kata sokong PAS masuk Syurga"dan kita tambah "biarlah tak sembahyang pun".Tapi bila kita fikir dan renung berapa ramaikah orang yang terikut-ikut dengan fatwa sebegini sejak dari dahulu hingga sekarang?.Kita bertanya lagi ,"siapakah yang harus bertanggungjawab dalam hal ini?....".Jawabnya Orang Pas dan baruanya lah...!!!

18 Ogos 2009

Sedih Dan Geram Menyaksikannya......


Semalam adalah hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil N.11 Permatang Pasir telah dijalankan di IKBN Bukit Mertajam Pulau Pinang .Tapi bila menyaksikan aksi yang telah dibuat oleh seorang pemimpin pembangkang semalam yang amat menyedihkan lagi menggeramkan bagi siapa yang menyaksikannya.Apa tidaknya perangainya bukan menunjukkan bahawa dia tu seorang pemimpin kepada rakyat.Kita juga melihat semalam bagaimana dia sempat menempelak salah seorang anggota keselamatan di tempat tersebut.Siapa hang nak buat macam tu kepada orang lain seolah -olah hendak mencabar undang-undang negara??Terus terang saya katakan anggota keselamatan itu boleh dipuji dari segi kesabarannya apabila dia ditampar sebegitu rupa di khalayak ramai.Kalau saya berada disituasi dia semalam belum tentu saya dapat bersabar dengan provokasi yang keterlaluan sebegitu.Kalau kita fikir dan renungkan secara resional pun budaya kita tidak memerlukan dan menyampah dengan aksi-aksi seperti itu yang tidak sepatutnya berlaku di negara yang kita cintai ini.Kita meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan sekeras-kerasnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada berkenaan dengan apa yang berlaku semalam supaya ianya tidak berulang lagi pada masa-masa akan datang.Jangan lagi berlembut dengan mereka yang seumpama ini. Saya juga menyeru kepada rakyat yang bijaksana dan yang mahu kepada kedamaian supaya menolak pemimpin seumpama ini di mana dan bila sahaja meraka ingin wujud di negara yang berdaulat ini.Cintailah nikmat kedamaian ini yang ianya tidak dapat dikecapi oleh meraka yang berada di Palestin,Iraq,Afghanistan dan negara -negara lain yang dilanda kesusahan saban hari.
"Ya Allah ,ya Tuhan kami jadikanlah negara kami-Malaysia ini sebagai negara yang aman,sejahtera dan begitu juga seluruh negara-negara islam semuanya daripada kekacauan dan huru- hara yang engkau ketahui dan kami tidak ketahui...Aaaamin Ya Raabal aaalamin..."

17 Ogos 2009

Sama-samalah kita Bersembahyang Hajat Dan Bermunajat...

Selsema Babi (Influenza H1N1....)
Kepada muslimin dan muslimat sekalian...marilah kita semua bermunajat dan memohon kelepasan daripada wabak yang semakin menular keseluruh pelusuk Tanahair kita ini dengan bersembahyang hajat,membaca Yaasin dan sebagainya.Dalam hal ini tidak kira lah siapa pun kita, UMNO atau PAS ,ini adalah kerana penyakit ini tidak mengenal samada enta UMNO atau enta PAS,yang pasti dia akan sapu habis.Jangan ingat enta Orang PAS ,maka terlepas dari penyakit ini.

(Doa Pelindung yang diamalkan oleh Imam Abu Hanifah)
Ya Allah ,sesungguhnya aku memohon kepada Mu dengan bilangan makhlukMu ,dengan kemuliaan ‘arasyMu, dengan keredhaan zatMu ,dengan cahaya diriMu, dengan kandungan ilmuMu , dengan maksud kudratMu ,dengan hamparan lemah lembutMu , dengan hakikt syukurMu, dengan setinggi-tinggi kasih sayangMu , dengan pendapatan kehendakMu , dengan semua sifatMu, dengan kesempurnaan menyifatkanMu, dengan kemuncak nama-namaMu , dengan isi kandungan rahsiaMu , dengan keindahan perlindunganMu, dengan limpahan kurniaanMu , dengan kesempurnaan anugerahMu , dengan cucuran sifat pemurahMu , dengan kekerasan kemarahanMu, dengan rahmatMu yang mendahului , dengan bilangan kalimahMu , dengan menunggalkan ketunggalanMu , dengan mengesakan keesaanMu , dengan berkekalan sifat kekalMu , dengan kemuliaan ketuhananMu, dengan keagungan sifat takaburMu, dengan kemegahanMu, dengan kemuliaanMu, dengan kesempurnaanMu, dengan perbuatanMu, dengan nikmat-nikmatMu, dengam kepimpinanMu, dengan kerajaanMu, dengan kekuasaanMu , dengan sifat pemurahMu, dengan belas kasihanMu, dengan lemah lembutMu , dengan kebaikanMu, dengan kemurahanMu, dengan sifat benarMu, dengan kebenaran sifat benarMu , jadikanlah untuk kami kelapangan dan jalan keluar serta penawar daripada dukacita ,wabak , bala dan semua penyakit di dunia dan di akhirat . Begitu juga dengan kebenaran (surah maryam ayat: 1)dan dengan kebenaran (surah As Syura :1) dan(surah Saad:1)dan (Yaasin:1) dan dengan kebenaran(Taha:1) juga dengan kebenaran انا فتحنا لك فتحا مبينا wahai Tuhan yang Maha Mengasihani daripada semua makhluk yang mengasihani .

"Ya Allah Selamatkanlah kami semua daripada bala di dunia dan dan azab di akhirat...Aamin"

10 Ogos 2009

Nizar melakukan Upacara Nyala Lilin


Ini lah reaksi yang di lakukan oleh Nizar Jamaluddin bersama dengan Nga dan Ngeh ketika menghadiri upacara Nyala Lilin bagi memperingati mendiang Teoh yang meninggal dunia yang mayatnya di temui di tingkat 5 plaza Massalam di Shah Alam .Dalam gambar ini kalau kita perhatikan betul-betul bahawa Nizarlah yang nampak lebih menghayati atau dengan kata lain lebih khusyuk kalau nak dibandingkan dengan Nga dan Ngeh dalam upacara tersebut, kata orang "Lebih sudu daripada kuah".Apa yang kita maklum bahawa upacara nyalakan lilin ini merupakan kepercayaan dan salah satu upacara yang di lakukan oleh kaum Cina mengikut agama mereka.Yang menjadi persoalan kepada kita, adakah Nizar ni sedar apa yang dia lakukan ? Atau sengaja menunjukkan kepada ahli pakatannya iaitu DAP bahawa dia ni lebih mementingkan perasaan pakatan daripada agama islam itu sendiri.Sebagai seorang islam yang kuat imannya,kita percaya bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan orang yang jahil dalam agama islam .Kita harus ingat bahawa perkara seperti itu merupakan salah satu perkara yang bertentangan dengan syariat yang di tuntut oleh Allah S.W.T.Atau dengan erti kata yang lain,kepada sesiapa yang melakukan perkara sebegitu boleh tergelicir akidahnya.Kita telah sedia maklum bahawa lunturnya akidah seseorang adalah disebabkan oleh beberapa perkara dan salah satunya adalah melalui perbuatan kita selain dari pertuturan yang kita tuturkan.Islam tidak melarang kita kalau nak mengucapkan takziah kepada keluarga si mati ,tetapi apa yang dilarang oleh islam sekeras-kerasnya ialah kita termasuk sekali dalam upacara keagamaan tersebut secara langsung.Di sini kita dapat menilai sendiri tentang keperibadian Nizar yang mendakwa memperjuangkan islam itu.Bagi mengulas perbuatan ini beberapa orang Mufti telah membuat kenyataan bahawa apa sahaja upacara seperti itu adalah syirik.Kita semua telah sedia maklum walaupun perkara itu telah dijelaskan oleh pihak punya tubuh,tapi kita faham le,Orang PAS ni bila je mereka disanggah,maka ada-ada saja alasan untuk menutup segala keburukkan yang mereka telah lakukan.memang benar isu ini telah lapuk,tapi kita jangan lupa bahawa yang baik jadikan sempadan dan yang buruk jadikan tauladan .Firman Allah"Dan berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.."Inilah politik PAS kalau yang dah lepas tu mereka nak padamkan seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku.Inilah yang dikatakn oleh Tun Mahathir bahawa melayu mudah lupa.Dulu pihak pembangkang khususnya PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa antara lain kalaulah bergabung dengan bukan islam maka jadi kafir,tapi hari ini bila mereka bergabung dengan DAP macam mana pulak?tentu lah penyokongnya kata itu isu lapuk..Dan banyak lagi perkara-perkara yang dibuat lupa oleh puak barua mereka......bersambung...

7 wasiat raja Melayu

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

(1) Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

(2)-Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

(3)- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

(4)- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

(5)- Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

(6)- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

(7)- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

*Respon kepada ulasan tersebut...kalaulah macam tu kenapalah Zaman nabi dulu susah -susah pergi berperang,Nabi bersusah-susah bentuk pasukan tentera dan nabi gali parit al-khandak,dan lain-lain ...kan lebih baik Nabi S.A.W menadah tangan berdoa kepada Allah...sebab Allah menyayangi kekasihnya....sebab Allah itu sebaik penolong....

07 Ogos 2009

Saya syukur dengan layanan luar biasa PM - Nik Aziz







Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau amat bersyukur dengan layanan luar biasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepanjang lawatannya ke Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) Selasa. Beliau berkata penghormatan yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin kerajaan pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya. "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyum simpolnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap "corridor of power" untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya kepada pemberita sejurus menyambut kumpulan seramai 50 orang penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat pada Rabu. Nik Abdul Aziz diminta mengulas lawatannya ke perasmian SEZ-ECER oleh Perdana Menteri di Pekan, semalam. SEZ-ECER adalah zon ekonomi khas pertama negara meliputi Kertih di Terengganu hingga ke Tanjung Agas di Pekan yang akan menyumbangkan 80 peratus kepada hasil keluaran ekonomi kawasan ECER. Perdana Menteri berkata zon ekonomi khas mampu menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan merupakan yang pertama di Malaysia. Nik Aziz berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sedia mengundangnya bersama pemimpin lain melawat kawasan itu yang dianggap memang luar biasa dari tempat-tempat lain.
(Apakah semua ini menunjukkan positifnya kerajaan perpaduan dalam erti kata lain ke arah penyatuan bangsa dan agama yang tercinta ini?Sama-samalah kita memanjatkan doa kehadrat illahi.)

23 Julai 2009

Ini Yang Diperjuangkan UMNO di Perak

BissmillahirRahmaaniRahim

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Melihat kepada berisan Exco pun kita dah boleh meletakkan harapan yang tinggi untuk menjaga kepentingan Agama ,Bangsa dan Negara yang tercinta ini.Itu belum lagi melihat kepada kemampuan mereka dalam menjalankan tugas-tugas sebagai wakil rakyat yang di pilih oleh rakyat di Negeri Perak ini.Mereka ini adalah daripada orang yang telah menunjukkan prestasi yang baik berbakti kepada agama ,nusa dan bangsa.

INIKAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH "PAS"

Inikah yang diperjuangkan oleh parti PAS yang mendakwa bahawa parti mereka lebih menitik beratkan tentang agama islam dari semua segi,baik dari segi pemerintahan yang medaulatkan agama islam yang jauh dari korupsi,kronisme,rasuah dan sebagainya.Tapi apabila kita melihat dan merenungkan situasi yang berlaku di negeri Perak ,kita dapat merasakan bahawa apa yang mereka war-warkan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang mendaulatkan undang-undang islam tidak akan berlaku selamanya jikalau tapuk pemerintahan mereka di negeri perak terdiri daripada exco-exco daripada parti yang terus terang menyatakan bahawa jikalau PAS ingin menegakkan pemerintahan islam ,maka langkah mayat mereka dahulu.Perti itu ialah DAP

16 Julai 2009

Perginya seorang Guru Al-quran yang Mursyid

Pada tanggal 12 Jun 2009 hari Jumaat yang lalu telah kembalinya ke rahmatullah seorang lagi guru Al -quran yang agak masyhur dan tidak asing lagi dikalangan masyarakat di daerah Pasir Mas,Allahuyarham ialah Ustaz Muzdi @ Che Muda b Awang 56 tahun.Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir sekembalinya dari Mengadili Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Negeri Kelantan yang bertempat di Balai Islam Lundang kerana serangan jantung.
Sebelum ini Allahyaraham juga merupakan guru agama yang berkhidmat di Sek Men .Agama Maahad Muhammadi Pasir Mas ,Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama Arab Pasir Mas(SMUAPM).Allahyarham begitu disegani oleh pelajar-pelajar semasa hayatnya.Boleh dikatakan semua Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah tersebut amat mengenali beliau oleh kerana ketekunannya mengajar ilmu-ilmu Al-quran baik di sekolah dan di rumahnya pada malam hari.Disamping itu Allahyarham juga sangat aktif mengajar ilmu-ilmu kepada masyarakat setempat dan yang jauh.Beliau juga adalah salah seorang murid kepada Hj Mat Pergau Qari Negeri Kelantan yang masyhur pada suatu ketika dahulu.
Bagi penulis ,penulis merasakan kehilangan yang besar kerana sebarang kemusykilan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan Al -quran maka penulis akan merujuk kepadanya.Sebelum ini pun penulis selalu bercita-cita untuk belajar lebih lanjut lagi dari beliau berkenaan dengan selok belok Al-quran,tapi oleh kerana tidak berkesempatan dan oleh kerana penulis bertugas di Perak ini maka terbantutlah segala cita-cita tersebut...Allah lebih menyayangi beliau...Penulis pun terkejut apabila mendengar tantang pemergiannya pada petang hari tersebut daripada seorang kawan yang menghubungi penulis melalau telefon.Allahyarham di semadikan di tanah perkuburan Dusun Nyor bersebelahan dengan Pondok Tuan Guru haji Abdul Ghani di kg Kubang Bemban.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan (Nurhanani).Semoga rohnya dicucuri rahmat ..Al-Fatihah ..Amin.

02 Julai 2009

Jangan Jadi Pengecut

Assalamulaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya menghulurkan salam kepada sesiapa yang melawat ke Blog saya ini.Selamat datang diucapkan dan diharapkan semoga kita dapat berkongsi manafaat di sini.Namun saya mengharapkan kepada sesiapa yang ingin memberi ulasan dalam Blog ini diminta supaya memaklumkan nama sebagai pengenalan untuk terus kita berbicara selanjutnya.
Kita diingatkan supaya tidak menjadi seorang yang "Pengecut" di dalam hal ini.Janganlah pula jadi seperti kata orang" lempar batu sembunyi tangan" .Dalam islam ,perangai pengecut sebagini tidak dianggap sebagai penganut yang berpegang teguh dengan islam itu sendiri."Berani kerana benar,takut kerana salah."Sifat sebegini jikalau dibiarkan akan merosakkan imej islam itu sendiri........bersambung.....