09 September 2009

Boleh kah Dikatakan Pejuang Islam Yang Sebenar?

Bismillahhirrahmaanirrahim..

Isu perpaduan masih lagi disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin UMNO khususnya dalam arena politik tanahair.Tetapi isu ini masih tidak mendapat sambutan yang baik daripada pemimpin-pemimpin dari pembangkang khususnya PAS .Tok Guru Nik Aziz semasa ditanya tentang perkara tersebut ,dengan jelas beliau menegaskan bahawa"tidak perlu rundingan kerana itu cerita lama"... katanya.Betul lah itu cerita lama kerana isu ini bermula semenjak zaman Nabi SAW lagi.Tapi jikalau kita ada membaca sejarah Nabi SAW,dalam rangka-rangka permulaan pembentukan negara Islam Madinah dahulu baginda terlebih dahulu mengambil inisiatif dengan mempersaudarakan di antara kaum Uas dan Khazraj yang dahulunya merupakan musuh yang ketat di antara mereka.Begitu juga baginda Nabi SAW juga mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar untuk tujuan tersebut.Selepas daripada Nabi SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ,baginda juga mengambil baiah dengan kaum-kaum lain khususnya kaum Yahudi yang mendiami Madinah pada ketika itu.Selepas daripada selesainya proses mempersaudarakan di antara kaum-kaum tersebut dan baiah dengan kaum Yahudi, maka Nabi SAW pun membentuk Negara Islam Madinah dengan mewujudkan Sahifah Madinah atau perlembagaan madinah yang merupakan perlembagaan yang pertama wujud di dalam sejarah dunia .Jadi kalau kita fikir ,tanpa perpaduan boleh kah tercapai cita-cita PAS untuk membentuk Negara Islam?.Adakah mereka ini ada cara yang lain yang lebih baik dari cara yang telah di ajar oleh Nabi SAW pada 1400 lebih dahulu?Pada saya,Nabi SAW merupakan ikutan atau Qudwah Hasanah bagi kita Umatnya untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.Ini adalah kerana tindak tanduk Baginda adalah berdasarkan daripada wahyu Allah S.W.T .(Dan dia tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan agama islam menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.segala yang diperkatakan itu tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya) surah isyrak:3-4. Dalam soal ini tidak timbul UMNO tersepit ke atau PAS takut ditendang oleh UMNO buat sekian kalinya ,tapi kalau dah Islam sendiri telah menuntut supaya iklim perpaduan perlu ditiup dan didendangkan bagi menjayakan atau menghasilkan daulah islamiah ("baldatun Thaayibatun Waraban ghafur") yang diwar-warkan oleh PAS saban waktu dak ketika.Jadi kalau lah masalah perpaduan ini menjadi igaun PAS kepada masa silam mereka ,maka usahlah dicanangkan untuk membentuk Negara Islam dan undang -undang islam.Ini adalah kerana Negara Islam dan undang -undang islam itu sendiri telah diwujudkan oleh Rasullullah SAW setelah selesainya proses mempersaudarakan di antara orang mukmin dan dalam masa yang sama Nabi SAW mengambil baiah daripada orang kafir Zimmi seperti yang kita telah sedia maklum di atas tadi.
Kata orang kelate "keno ikut jelujur dia barulah jadi" boleh diibaratkan di sini,seperti seseorang yang nak mendirikan solat,perlu mengambil air sembahyang dengan tertib dahulu barulah boleh sembahyang,dan dalam sembahyang pula perlu mengikut tertib-tertibnya dengan rukun Qauli dan rukun fi'linya barulah terhasil sembahyang yang sempurna.Ini tidak ,masa ambil air sembahyang pun dah tidak ikut tertib ,jadi bagaimana sembahyag nak jadi baik dan sempurna dan bagaimana roh sembahyang itu dapat menghindarkan seseorang itu dari melakukan kemungkaran dan maksiat kepada Allah SWT.

" Ya Allah ,yang maha pemurah, lagi maha pengasihani, satu kanlah hati-hati kami umat Muhammad SAW ini supaya berada tetap dalam satu ikatan yang utuh dan kuat semoga kami dapat bersama dalam meninggikan lagi kalimah mu di muka bumi ini buat selama-lamanya.Jauhilah kami dari terjebak dalam bibit-bibit perpecahan yang boleh meruntuhkan agama mu yang mulia ini...Aaamin ya Rabbalalamiin.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan