18 November 2009

Hari Anugerah Mahkota 2009



Hari Anugerah Mahkota 2009 telah diadakan pada 16 november 2009, isnin yang lalu.Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Tan Lian Hoe,Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Gerik.Seperti biasa,majlis ini di adakan di Dewan Serbaguna Gerik yang telah di tempah beberapa minggu yang lalu.Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis pada hari tersebut iaitu Cikgu Fadhil b Majid dan Cikgu Marina bt Ismail.Kemudian majlis dihiasi dengan bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Zamri bin Zakaria dan diikuti oleh ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar SKMS ,Puan Hajjah Badariah bt Hj Mat Dom selaku tuan rumah.Sejurus selepas itu ,ucapan Pengerusi PIBG SKMS ,En Rosli b Hasyim.Ucapan Perasmian telah disampaikan oleh YB Dato'Tan Lian Hoe bertepatan dengan waktu yang ditetapkan memandangkan YB Dato' akan bergegas ke Kuala Lupur sejurus selepas selesai ucapan perasmiannya kerana beliau perlu menghadiri sesi Dewan Rakyat pada tengaharinya.Pada ucapan persamiannya ,YB Dato' telah mengumumkan pemberian peruntukkan sebanyak RM1000.00 untuk Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari. Majlis diserikan juga dengan persembahan Kalam Jamei,Action Song,Rekorder yang dipersembahkan oleh murid-murid tahun 3 hingga 5,manakala Bahasa Cina telah disampaikan oleh murid-murid tahun satu di bawah bimbingan Puan Lau Hiu Yen yang bertanggungjawab mengajar Bahasa Cina di SKMS.Majlis tamat pada pukul 1.30 petang dan semua guru dan tetamu jemputan menjamu selera.Alhamdulillah majlis kali ini berjaya seperti yang diharap-harapkan.


1 ulasan:

  1. tahniah di atas kecemerlangan skms ddlm upsr.. mengekalkan rekod tanpa kalah.. :)

    suka saya nak ajak ustaz berkongsi 2 cerita.. satunya kisah adik siti amynur ain putri rosdi dari sk taman dusun nyior seremban yg terima slip peperiksaan upsr yg puan gbnya serah di hdpn jenazah ibunya.. bole tgk web malaysiakini.com/bm

    satu lg cerita ttg adik nur izzati azhar, anak pemandu lori dari sk tarcisian convent, yg ditahan slip keputusan upsrnya kerana baki rm57 yuran sekolah masih lg berhutang tak dibayar.. bole semak di www.detikdaily.net/v5

    selamat bertugas di tempat baru..

    BalasPadam