29 September 2009

10 Hujah Nik Aziz Perlu Berundur


Semalam dalam Akhbar Utusan Malaysia telah keluar berita yang bertajuk "10 hujah nik aziz perlu berundur" yang di kemukakan oleh Dato' Paduka Ibrahim Ali.Saya amat tertarik dan mengiakannya selepas meneliti dan merenung apa yang di lontarkan oleh Tok Him itu.Kalau dah tak larat nak pimpin kelantan tu bagi lee kat orang lain pulak yang lebih layak.Nak memerintah sampai kiamat katanya pada suatu ketika dahulu.Nak perintah negeri ,tapi tak pandai nak cari hasil mahsul yang boleh menolong rakyat,asyik dok berceramah menghentam orang lain yang konon nya BN tak layak memerintah negara,walhal BN sudah memerintah setengah abad lamanya,yang dok mengata tu ,dia perintah satu negeri pun tak terjaga seperti yang dituntut oleh islam,makin jauh adalah.Semasa cuti hari raya lepas ,ketika menziarahi sanak saudara di kelantan,saya dapat melihat bagaimana keadaan kelantan sekarang yang dikatakan serambi mekah ,kerajaan islam dan macam-macam lagi yang selayaknya untuk mereka yang seolah-olah maksum dari kesalahan.Usah lah kita meilhat perkara-perkara yang besar,sudah cukup kita lihat dari segi kebersihan .Pergilah lah ke Kota Bharu,di sekitar bandar Kota Baharu dan lain-lain dengan sampahnya mengalahkan negeri-negeri yang tidak melebalkan negeri islam@serambi mekah.Hari sabtu yang lepas saya sempat ke Pantai Seri Tujuh ,Tumpat Kelantan,masya Allah dengan sampah yang bertimbun-timbun tak terjaga.Mana tong sampah? tengok kiri kanan,satu pun tak ada.MDT tak buat kerja ke?Nak kata kepada pengunjung pun tak boleh jugak,kalau dah MDT tak sediakan tong sampah.Itu bab sampah yang telah Jelas disebut oleh Nabi SAW dengan mulutnya yang mulia,antara maksudnya"kebersihan adalah separuh daripada iman". Itu belum masuk lagi kepada muda -mudi yang perpelukkan dikhalayak ramai,muda mudi yang merempit ,yang dok curi kebel telefon,pecah masuk rumah orang,menghisap dadah dan lain-lain.
Jenayah pun banyak berlaku,kerana mereka tak ada pendapatan yang tetap ,maka mereka mencuri,merompak dan berbagai lagi kesalahan.Ini siapa yang patut dipersalahkan?

Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Dato' Ibrahim Ali :
n Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.
n Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.
n Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.
n Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.
n Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.
n Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.
n Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.
n Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.
n Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.
n Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.
Hidup Dato'Him!!! Hidup Dato'Him!!!..Hidup Dato' Him!!!

17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Dan Batin

Allahu Akbar.....Allahu Akbar..Allahu Akbar...Laailaaha illa Allah huwa Allahu Akbar...Allahhu Akbar WaLillah ilhamd....

Hari Raya Aidilfitri menjelma lagi menemui kita umat islam setelah sebulan kita berada di dalam bulan yang penuh barakah"Ramadhan"...Samada mahu tidak mahu kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal dahulu untuk Ramadhan kali ini...Dan Insya Allah jikalau diberi umur panjang, kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun hadapan,namun yang pasti tahun-tahun hadapan adalah merupakan Ramadhan yang lain pula.Kata orang,yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi buat selamanya.Betul lah kata Imam Ghazali..."jikalau bintang, matahari dan bulan itu dikatakan jauh ,akan tetapi masa itu lebih jauh lagi dari kita semua" ini adalah kerana masa yang telah lalu tidak mungkin untuk kita menggapainya kembali.
Dalam pada itu kita sedar bahawa Nabi SAW telah bersabda antara lain maksudnya;Jikalau umat ku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan,nescaya mereka akan mengharapkan seluruh tahun tersebut sebagai Ramadhan" . Begitulah kedudukan Istimewa tersebut di berikan kepada Ramadhan.
Pada tahun ini kita akan menyambut hari raya pada hari ahad atau isnin minggu hadapan(20@21/09/09) mengikut Rukyatul Hilal Bulan Syawal dan akan diputuskan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam ahad nanti."Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan,kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan bertemu Allah SWT di syurga kelak"Di hari yang mulia ini marilah kita menyusun jari saling memohon maaf di atas segala kesalahan yang lalu beik daripada tutur kata dan perbuatan,maaf jua perlu dipinta,semoga ikatan ukhuwah kita tetap terjalin selamanya. Lupakan segala sengketa yang berlaku kerana itu semua tidak memberikan apa-apa faedah kepada kita malah boleh memberi kemusnahan yang amat ketara.
Bagi yang berada diperantauan dan akan balik pada besok hari ,berhati-hati di jalan raya semoga selamat sampai dan semoga berada di samping keluarga dan sanak saudara dalam keadaan yang berbahagia..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

15 September 2009

Lailatul Qadar....Kami Merindui Mu

Bissmillahhirrahmaanirrahim.....

Sedar tak sedar, hari ini kita telah berada pada tanggal 25 Ramadhan 1430H bersamaan dengan 15 september 2009 ,rasanya sekejap saja masa meniggalkan kita semua tanpa kita sedari bahawa kita telah berada di 1/3 akhir Ramadhan.Ini bermakna kita telah melepasi 2/3 apa yang dikatakan"awalnya rahmat,pertengahannya pengampunan dan akhirnya kelepasan daripada api neraka"...Ya allah kami memohon kepada keredhaan mu untuk kami masuk syurgamu,dan kami memohon agar kamu menghindari kami daripada bakaran api nerakamu...amin."
Sesungguhnya untuk mendapatkan Lailatul Qadar bukannya semudah yang diucapkan oleh bibir dan lidah sahaja,tapi yang pasti ianya memerlukan kepada kesungguhan dan mujahadah kita yang tinggi untuk kita bertemu dengannya.Lailatul Qadar adalah janji Allah SWT yang pasti dan yang sememangnya dikhusus kepada umat akhir zaman ini atau dengan kata lain ,umat Muhammad SAW dengan ganjaran dan kelebihan berlipat ganda .
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang istiqamah dalam ibadat mereka di sepanjang bulan yang mulia ini kerana sudah pasti mereka ini tidak akan terlepas dari menemui Lailatul Qadar yang ianya lebih baik dari seribu bulan .83 tahun dan 3 bulan merupakan hayat yang panjang bagi umat ini,kalau dah Nabi SAW sendiri hanya 63 tahun sahaja tempoh hayatnya,maka kita umatnya tidaklah dapat menungkat langit ini sebegitu lama melebihinya.Ini merupakan satu keistimewaan yang Allah sediakan kepada umat ini kerana kalau nak dibanding dengan umur umat-umat terdahulu seperti umat Nabi Nuh ,Nabi Musa,Nabi Ibrahim dan lain- lain ,maka umur mereka itu jauh lebih lama daripada kita sehinggakan menjangkaui ribuan tahun lamanya.
Hisablah diri masing-masing,apakah amalan yang telah kita kerjakan pada bulan yang mulia ini yang boleh melayakkan kita mendapatkan kesemuanya apa yang dijanjikan oleh Allah .Layakkah kita mendapat semua itu jikalau siang harinya kita penuhi dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah malah jauh sekali untuk kita mendapatnya jikalau dalam masa yang sama kita asyik mengata kepada orang lain,dan mengumpat tentang mereka, sedangkan apa yang diumpat itu belum pasti betul atau tidaknya..Astaqfirullahal azim!
Ayuh lah kita berusaha untuk mengejar janjinya dalam waktu berbaki ini agar mudah -mudahan kita berjaya dalam madrasah ramadhan kali ini.usahlah kita mengharap kepada ramadhan yang akan datang ,kerana itu adalah menjadi rahsia mutlak Allah SWT,samada kita hidup atau mati belum tentu....Marilah kita memperbanyak kan zikir,membaca al-Quran,Bersolawat ke atas Nabi,bersedekah dan beriktikaf dan sebagainya....mudah-mudahan Ramadhan ini dapat merubah kita menjadi hamba yang sentiasa bertakwa kepada penciptanya...

" Ya Allah , kami memohon dengan keberkatan bulan yang mulia ini ,agar engkau jadikanlah kami ini di kalangan hambamu yang benar-benar bertakwa dan hamba mu yang sentiasa bergantung harap kepada mu.Ya Allah...., hindarilah diri kami ,keluarga kami,kaum kerabat kami,masyarakat kami dan umat Muhammad SAW seluruhnya daripada azab seksa neraka mu...aamin"

11 September 2009

Bantuan Raya....Terima Kasih PM

Bissmillahirrahmaanirrahim..

Terima kasih Dato Seri... itulah yang mampu diucapkan oleh lidah yang tidak bertulang ini kepada Perdana Menteri kita yang pandai menilai dan melihat perit jerih rakyatnya di bumi Malaysia yang bertuah ini.Apa yang dimaksudkan di sini ialah kerana Perdana Menteri mengumumkan pemberian duit bantuan raya sebanyak RM500 seorang kepada Penjawat Awam daripada golongan kakitangan sokongan.
Tetapi dalam pada itu saya yakin masih ada di antara mereka di luar sana yang masih tidak puas hati dengan pemberian oleh kerajaan itu.Mungkin ada di antara mereka yang mengatakan"bagi sikit jer"dan ada juga yang mengatakan kerajaan mengula-gulakan rakyat dan macam -macam lagi kata-kata yang terkeluar dari mulut orang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang di beri.Kata orang Kelate"bagi skit mengepek bagi banyak pun mengepek masao mana nak bersyukur nyoh"Betullah sabda Nabi Saw yang bermaksud "Jikalau diberikan sebuah bukit daripada emas kepada manusia ,necaya mereka akan mengatakan alangkah baik kalau dapat sebuah atau dua buah bukit lagi seumpama ini...."
Kata Perdana Menteri,"kita sebagai kerajaan sekarang ini tidak perlu nak melebalkan kita sebagai parti islam, dasarnya islam,baru lah kita nak berbakti dan menolong rakyat."kalau hanya setakat mahu melebalkan itu, sesiapa pun boleh nak melebalkan seperti itu kerana ianya tidak memerlukan kepada modal sesen pun.Lagi pun sekarang ini kita lihat orang yang melebalkan seperti itu pun jauh menyimpang dari yang sebenarnya ,baik dari segi bakti mereka kepada rakyat atau kepada islam itu sendiri.....bersambung

"Ya Allah ,anugerahilah kepada kami pemimpin-pemimpin yang sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kehidupan kami ,pemimpin yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kami,pemimpin yang boleh mendekatkan kami kepada keredhaan mu,dan jauhilah kami sejauh-jauhnya daripada pemimpin-pemimpin yang hanya pandai berkata-kata dan pandai menabur janji palsu ,dan jauhilah juga kami daripada pemimpin-pemimpin yang hidup mereka hanyalah untuk memecahbelahkan perpaduan utuh yang telah wujud antara kami.....aamin yaa mujiibu al-daakwaat..."

09 September 2009

Boleh kah Dikatakan Pejuang Islam Yang Sebenar?

Bismillahhirrahmaanirrahim..

Isu perpaduan masih lagi disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin UMNO khususnya dalam arena politik tanahair.Tetapi isu ini masih tidak mendapat sambutan yang baik daripada pemimpin-pemimpin dari pembangkang khususnya PAS .Tok Guru Nik Aziz semasa ditanya tentang perkara tersebut ,dengan jelas beliau menegaskan bahawa"tidak perlu rundingan kerana itu cerita lama"... katanya.Betul lah itu cerita lama kerana isu ini bermula semenjak zaman Nabi SAW lagi.Tapi jikalau kita ada membaca sejarah Nabi SAW,dalam rangka-rangka permulaan pembentukan negara Islam Madinah dahulu baginda terlebih dahulu mengambil inisiatif dengan mempersaudarakan di antara kaum Uas dan Khazraj yang dahulunya merupakan musuh yang ketat di antara mereka.Begitu juga baginda Nabi SAW juga mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar untuk tujuan tersebut.Selepas daripada Nabi SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ,baginda juga mengambil baiah dengan kaum-kaum lain khususnya kaum Yahudi yang mendiami Madinah pada ketika itu.Selepas daripada selesainya proses mempersaudarakan di antara kaum-kaum tersebut dan baiah dengan kaum Yahudi, maka Nabi SAW pun membentuk Negara Islam Madinah dengan mewujudkan Sahifah Madinah atau perlembagaan madinah yang merupakan perlembagaan yang pertama wujud di dalam sejarah dunia .Jadi kalau kita fikir ,tanpa perpaduan boleh kah tercapai cita-cita PAS untuk membentuk Negara Islam?.Adakah mereka ini ada cara yang lain yang lebih baik dari cara yang telah di ajar oleh Nabi SAW pada 1400 lebih dahulu?Pada saya,Nabi SAW merupakan ikutan atau Qudwah Hasanah bagi kita Umatnya untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.Ini adalah kerana tindak tanduk Baginda adalah berdasarkan daripada wahyu Allah S.W.T .(Dan dia tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan agama islam menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.segala yang diperkatakan itu tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya) surah isyrak:3-4. Dalam soal ini tidak timbul UMNO tersepit ke atau PAS takut ditendang oleh UMNO buat sekian kalinya ,tapi kalau dah Islam sendiri telah menuntut supaya iklim perpaduan perlu ditiup dan didendangkan bagi menjayakan atau menghasilkan daulah islamiah ("baldatun Thaayibatun Waraban ghafur") yang diwar-warkan oleh PAS saban waktu dak ketika.Jadi kalau lah masalah perpaduan ini menjadi igaun PAS kepada masa silam mereka ,maka usahlah dicanangkan untuk membentuk Negara Islam dan undang -undang islam.Ini adalah kerana Negara Islam dan undang -undang islam itu sendiri telah diwujudkan oleh Rasullullah SAW setelah selesainya proses mempersaudarakan di antara orang mukmin dan dalam masa yang sama Nabi SAW mengambil baiah daripada orang kafir Zimmi seperti yang kita telah sedia maklum di atas tadi.
Kata orang kelate "keno ikut jelujur dia barulah jadi" boleh diibaratkan di sini,seperti seseorang yang nak mendirikan solat,perlu mengambil air sembahyang dengan tertib dahulu barulah boleh sembahyang,dan dalam sembahyang pula perlu mengikut tertib-tertibnya dengan rukun Qauli dan rukun fi'linya barulah terhasil sembahyang yang sempurna.Ini tidak ,masa ambil air sembahyang pun dah tidak ikut tertib ,jadi bagaimana sembahyag nak jadi baik dan sempurna dan bagaimana roh sembahyang itu dapat menghindarkan seseorang itu dari melakukan kemungkaran dan maksiat kepada Allah SWT.

" Ya Allah ,yang maha pemurah, lagi maha pengasihani, satu kanlah hati-hati kami umat Muhammad SAW ini supaya berada tetap dalam satu ikatan yang utuh dan kuat semoga kami dapat bersama dalam meninggikan lagi kalimah mu di muka bumi ini buat selama-lamanya.Jauhilah kami dari terjebak dalam bibit-bibit perpecahan yang boleh meruntuhkan agama mu yang mulia ini...Aaamin ya Rabbalalamiin.."

Kedudukan Melayu Dalam Perlembagaan

Bissmillahhirrahmaanirrahim..

Pada hari ahad minggu lepas saya sangat seronok membaca satu wawancara dalam Mingguan Malaysia berkenaan dengan kedudukan kita Orang Melayu dalam Perlembagaan.Dalam wawancara yang dinukilkan dalam Mingguan itu saya rasa sangat perlu dibaca dan diamati oleh semua warga negara kita baik kecil,besar ,tua atau pun muda lebih-lebih lagi kaum-kaum yang mendiami negara tercinta ini.Khususnya kaum Cina dan India ...Di sini saya masukkan wawancara tersebut untuk tatapan bersama....


MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?
MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.
Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?
MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.
Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?
MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.
Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.
Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.
Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?
MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.
Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.
Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?
MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-
undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.
Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?
MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.
Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?
MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.
Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?
MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama: raja sendiri yang memerintah. Kedua: raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga :raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.
Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?
MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.
Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?
MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.
Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.