17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Dan Batin

Allahu Akbar.....Allahu Akbar..Allahu Akbar...Laailaaha illa Allah huwa Allahu Akbar...Allahhu Akbar WaLillah ilhamd....

Hari Raya Aidilfitri menjelma lagi menemui kita umat islam setelah sebulan kita berada di dalam bulan yang penuh barakah"Ramadhan"...Samada mahu tidak mahu kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal dahulu untuk Ramadhan kali ini...Dan Insya Allah jikalau diberi umur panjang, kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun hadapan,namun yang pasti tahun-tahun hadapan adalah merupakan Ramadhan yang lain pula.Kata orang,yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi buat selamanya.Betul lah kata Imam Ghazali..."jikalau bintang, matahari dan bulan itu dikatakan jauh ,akan tetapi masa itu lebih jauh lagi dari kita semua" ini adalah kerana masa yang telah lalu tidak mungkin untuk kita menggapainya kembali.
Dalam pada itu kita sedar bahawa Nabi SAW telah bersabda antara lain maksudnya;Jikalau umat ku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan,nescaya mereka akan mengharapkan seluruh tahun tersebut sebagai Ramadhan" . Begitulah kedudukan Istimewa tersebut di berikan kepada Ramadhan.
Pada tahun ini kita akan menyambut hari raya pada hari ahad atau isnin minggu hadapan(20@21/09/09) mengikut Rukyatul Hilal Bulan Syawal dan akan diputuskan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam ahad nanti."Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan,kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan bertemu Allah SWT di syurga kelak"Di hari yang mulia ini marilah kita menyusun jari saling memohon maaf di atas segala kesalahan yang lalu beik daripada tutur kata dan perbuatan,maaf jua perlu dipinta,semoga ikatan ukhuwah kita tetap terjalin selamanya. Lupakan segala sengketa yang berlaku kerana itu semua tidak memberikan apa-apa faedah kepada kita malah boleh memberi kemusnahan yang amat ketara.
Bagi yang berada diperantauan dan akan balik pada besok hari ,berhati-hati di jalan raya semoga selamat sampai dan semoga berada di samping keluarga dan sanak saudara dalam keadaan yang berbahagia..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan