15 September 2009

Lailatul Qadar....Kami Merindui Mu

Bissmillahhirrahmaanirrahim.....

Sedar tak sedar, hari ini kita telah berada pada tanggal 25 Ramadhan 1430H bersamaan dengan 15 september 2009 ,rasanya sekejap saja masa meniggalkan kita semua tanpa kita sedari bahawa kita telah berada di 1/3 akhir Ramadhan.Ini bermakna kita telah melepasi 2/3 apa yang dikatakan"awalnya rahmat,pertengahannya pengampunan dan akhirnya kelepasan daripada api neraka"...Ya allah kami memohon kepada keredhaan mu untuk kami masuk syurgamu,dan kami memohon agar kamu menghindari kami daripada bakaran api nerakamu...amin."
Sesungguhnya untuk mendapatkan Lailatul Qadar bukannya semudah yang diucapkan oleh bibir dan lidah sahaja,tapi yang pasti ianya memerlukan kepada kesungguhan dan mujahadah kita yang tinggi untuk kita bertemu dengannya.Lailatul Qadar adalah janji Allah SWT yang pasti dan yang sememangnya dikhusus kepada umat akhir zaman ini atau dengan kata lain ,umat Muhammad SAW dengan ganjaran dan kelebihan berlipat ganda .
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang istiqamah dalam ibadat mereka di sepanjang bulan yang mulia ini kerana sudah pasti mereka ini tidak akan terlepas dari menemui Lailatul Qadar yang ianya lebih baik dari seribu bulan .83 tahun dan 3 bulan merupakan hayat yang panjang bagi umat ini,kalau dah Nabi SAW sendiri hanya 63 tahun sahaja tempoh hayatnya,maka kita umatnya tidaklah dapat menungkat langit ini sebegitu lama melebihinya.Ini merupakan satu keistimewaan yang Allah sediakan kepada umat ini kerana kalau nak dibanding dengan umur umat-umat terdahulu seperti umat Nabi Nuh ,Nabi Musa,Nabi Ibrahim dan lain- lain ,maka umur mereka itu jauh lebih lama daripada kita sehinggakan menjangkaui ribuan tahun lamanya.
Hisablah diri masing-masing,apakah amalan yang telah kita kerjakan pada bulan yang mulia ini yang boleh melayakkan kita mendapatkan kesemuanya apa yang dijanjikan oleh Allah .Layakkah kita mendapat semua itu jikalau siang harinya kita penuhi dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah malah jauh sekali untuk kita mendapatnya jikalau dalam masa yang sama kita asyik mengata kepada orang lain,dan mengumpat tentang mereka, sedangkan apa yang diumpat itu belum pasti betul atau tidaknya..Astaqfirullahal azim!
Ayuh lah kita berusaha untuk mengejar janjinya dalam waktu berbaki ini agar mudah -mudahan kita berjaya dalam madrasah ramadhan kali ini.usahlah kita mengharap kepada ramadhan yang akan datang ,kerana itu adalah menjadi rahsia mutlak Allah SWT,samada kita hidup atau mati belum tentu....Marilah kita memperbanyak kan zikir,membaca al-Quran,Bersolawat ke atas Nabi,bersedekah dan beriktikaf dan sebagainya....mudah-mudahan Ramadhan ini dapat merubah kita menjadi hamba yang sentiasa bertakwa kepada penciptanya...

" Ya Allah , kami memohon dengan keberkatan bulan yang mulia ini ,agar engkau jadikanlah kami ini di kalangan hambamu yang benar-benar bertakwa dan hamba mu yang sentiasa bergantung harap kepada mu.Ya Allah...., hindarilah diri kami ,keluarga kami,kaum kerabat kami,masyarakat kami dan umat Muhammad SAW seluruhnya daripada azab seksa neraka mu...aamin"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan