23 Julai 2009

Ini Yang Diperjuangkan UMNO di Perak

BissmillahirRahmaaniRahim

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Melihat kepada berisan Exco pun kita dah boleh meletakkan harapan yang tinggi untuk menjaga kepentingan Agama ,Bangsa dan Negara yang tercinta ini.Itu belum lagi melihat kepada kemampuan mereka dalam menjalankan tugas-tugas sebagai wakil rakyat yang di pilih oleh rakyat di Negeri Perak ini.Mereka ini adalah daripada orang yang telah menunjukkan prestasi yang baik berbakti kepada agama ,nusa dan bangsa.

INIKAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH "PAS"

Inikah yang diperjuangkan oleh parti PAS yang mendakwa bahawa parti mereka lebih menitik beratkan tentang agama islam dari semua segi,baik dari segi pemerintahan yang medaulatkan agama islam yang jauh dari korupsi,kronisme,rasuah dan sebagainya.Tapi apabila kita melihat dan merenungkan situasi yang berlaku di negeri Perak ,kita dapat merasakan bahawa apa yang mereka war-warkan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang mendaulatkan undang-undang islam tidak akan berlaku selamanya jikalau tapuk pemerintahan mereka di negeri perak terdiri daripada exco-exco daripada parti yang terus terang menyatakan bahawa jikalau PAS ingin menegakkan pemerintahan islam ,maka langkah mayat mereka dahulu.Perti itu ialah DAP

16 Julai 2009

Perginya seorang Guru Al-quran yang Mursyid

Pada tanggal 12 Jun 2009 hari Jumaat yang lalu telah kembalinya ke rahmatullah seorang lagi guru Al -quran yang agak masyhur dan tidak asing lagi dikalangan masyarakat di daerah Pasir Mas,Allahuyarham ialah Ustaz Muzdi @ Che Muda b Awang 56 tahun.Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir sekembalinya dari Mengadili Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Negeri Kelantan yang bertempat di Balai Islam Lundang kerana serangan jantung.
Sebelum ini Allahyaraham juga merupakan guru agama yang berkhidmat di Sek Men .Agama Maahad Muhammadi Pasir Mas ,Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama Arab Pasir Mas(SMUAPM).Allahyarham begitu disegani oleh pelajar-pelajar semasa hayatnya.Boleh dikatakan semua Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah tersebut amat mengenali beliau oleh kerana ketekunannya mengajar ilmu-ilmu Al-quran baik di sekolah dan di rumahnya pada malam hari.Disamping itu Allahyarham juga sangat aktif mengajar ilmu-ilmu kepada masyarakat setempat dan yang jauh.Beliau juga adalah salah seorang murid kepada Hj Mat Pergau Qari Negeri Kelantan yang masyhur pada suatu ketika dahulu.
Bagi penulis ,penulis merasakan kehilangan yang besar kerana sebarang kemusykilan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan Al -quran maka penulis akan merujuk kepadanya.Sebelum ini pun penulis selalu bercita-cita untuk belajar lebih lanjut lagi dari beliau berkenaan dengan selok belok Al-quran,tapi oleh kerana tidak berkesempatan dan oleh kerana penulis bertugas di Perak ini maka terbantutlah segala cita-cita tersebut...Allah lebih menyayangi beliau...Penulis pun terkejut apabila mendengar tantang pemergiannya pada petang hari tersebut daripada seorang kawan yang menghubungi penulis melalau telefon.Allahyarham di semadikan di tanah perkuburan Dusun Nyor bersebelahan dengan Pondok Tuan Guru haji Abdul Ghani di kg Kubang Bemban.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan (Nurhanani).Semoga rohnya dicucuri rahmat ..Al-Fatihah ..Amin.

02 Julai 2009

Jangan Jadi Pengecut

Assalamulaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya menghulurkan salam kepada sesiapa yang melawat ke Blog saya ini.Selamat datang diucapkan dan diharapkan semoga kita dapat berkongsi manafaat di sini.Namun saya mengharapkan kepada sesiapa yang ingin memberi ulasan dalam Blog ini diminta supaya memaklumkan nama sebagai pengenalan untuk terus kita berbicara selanjutnya.
Kita diingatkan supaya tidak menjadi seorang yang "Pengecut" di dalam hal ini.Janganlah pula jadi seperti kata orang" lempar batu sembunyi tangan" .Dalam islam ,perangai pengecut sebagini tidak dianggap sebagai penganut yang berpegang teguh dengan islam itu sendiri."Berani kerana benar,takut kerana salah."Sifat sebegini jikalau dibiarkan akan merosakkan imej islam itu sendiri........bersambung.....

j-QAF...Terima kasih PAK LAH

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam,selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Allhamdulillah sekali lagi diucapkan kepada Allah S.W.T diatas kesempatan untuk saya menuliskan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan Perdana Menteri kita ,Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi di atas mengideakan dan seterusnya mewujudkan program Jawi,Quran,Arab dan Fardu A'in ( j-QAF )di sekolah-sekolah kebangsaan bermula pada tahun 2005 yang lalu. j-QAF merupakan satu program yang berfokus kepada Jawi,al-Quran,bahasa Arab dan fardu 'ain untuk membolehkan murid dapat khatam al-quran pada tahun 6 sekolah rendah,di samping meningkatkan penguasaan dalam tulisan Jawi,menghayati amalan fardu 'ain dan boleh berkomunikasi dengan perkataan-perkataan mudah dalam bahasa Arab
Sebenarnya telah lama saya ingin menukilkan ucapan ini ,tapi baru kali ini kesempatan telah di berikan oleh Allah kepada saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.Di sini saya ingin mewakili puluhan ribu daripada Guru-guru j-QAF di seluruh negara yang sedang berada dalam dunia pendidikan khususnya di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Setakat ini lebih kurang seramai 24867 guru j-QAF di seluruh negara yang mendapat manafaat dari program ini yang bermula dengan pengambilan 3663 orang pada awal tahun 2005 yang lalu dan dijangka akan mencecah ke angka 32171 orang guru menjelang tahun 2010.Sebagai salah seorang guru j-QAF yang mendapat manafaat secara langsung dari program ini saya berasa teramat bersyukur kehadrat illahi kerana telah menganugerahi seorang pemimpin yang dapat menyelesaikan banyak masalah lebih-lebih lagi masalah pengangguran dikalangan mahasiswa- mahasiswi dalam bidang agama baik dari universiti dalam dan luar negara.Kalau di renungkan sebelum tercetusnya idea ini,ramai di antara mahasiswa/wi dalam bidang agama boleh dikatakan berkerja dalam keadaan yang tak menentu bak kata orang"bidang terjun " sahaja dalam perkerjaan mereka untuk mencari pendapatan.Ada di antara kawan-kawan saya yang berkerja sebagai ejen-ejen insuran,membuka kelas qiraati, menjadi imam ,berniaga dan bermacam-macam lagi perkerjaan yang tidak sinonim dengan bidang mereka.Kalau adapun yang sinonim,seperti mengajar di Sekolah-sekolah Agama Negeri,mereka sanggup meninggalkan sekolah-sekolah tersebut dan memasuki arus perdana.Ini adalah kerana mereka melihat j-QAF dapat memberikan peluang kepada mereka untuk memenuhi pasaran kerja di bawah kerajaan persekutuan yang sememangnya mempunyai imbuhan-imbuhan yang memberangsangkan.Apa yang pasti semua perkerjaan mereka sebelum ini bukanlah pilihan yang mereka idam-idamkan. Tetapi ,oleh kerana peluang untuk mereka sangat sedikit dalam sektor awam khususnya di bidang pendidikan itu sendiri. Walaupun keadaan sebegitu, masih ramai lagi di kalangan guru j-QAF yang tidak bersyukur dengan pemberian nikmat tersebut sehingga mereka sanggup menghentam dan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada kerajaan yang menyediakan kepada mereka pekerjaa di saat mereka memerlukan.Oleh itu ,marilah kita bersama-sama memberi komitmen yang sebaik mungkin dalam menjayakan program ini dan dalam masa yang sama kita juga perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan . Beberapa hari yang lepas Timbalan Menteri Palajaran,Datuk Dr. Puad Zarkashi telah membuat kenyataan bahawa j-QAF insya allah akan ke peringkat sekolah menengah pula.Ini disebabkan oleh kerana peningkatan murid-murid yang sangat menakjubkan dalam menguasai perkara-perkara yang terkandung dalam j-QAF dengan peratusan yang amat tinggi lebih-lebih lagi mereka dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik di samping dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik juga. Dengan ini matlamat Pendidikan Islam islam itu sendiri ialah untuk menghasilkan muslim yang berilmu , beriman , beramal soleh , beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah insya Allah tarcapai.Akhir sekali ...Terima Kasih Kerajaan, Terima Kasih Pak Lah.....

Nik Aziz semakin melampau hina UMNO

PEMIMPIN UMNO sebenarnya memang kuat sabar. Walaupun Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu ceramah di Manek Urai Kelantan menyamakan UMNO dengan ajaran sesat yang sama tarafnya dengan ajaran sesat Ayah Pin, mereka tetap sabar. Pemuda UMNO Kelantan telah membuat laporan polis atas ucapan Nik Aziz itu.
Menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan Ayah Pin adalah suatu penghinaan yang keterlaluan. Dalam sejarah, perbuatan pemimpin Pas menghukum dan menghina UMNO sesuka hati bukanlah baru.
Tahun 1959 muncul seorang ahli Pas dikenali sebagai Tok Guru Haji Omar Daud dari Pasir Mas, Kelantan, mengkafirkan UMNO. Haji Omar adalah Ahli Jawatankuasa Ulama Pas dan Wakil Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar Pasir Mas. Beliau pernah ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu.
Pada tahun 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan telah mengeluarkan fatwa menghukumkan orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam sebagai kafir. Fatwa tersebut berbunyi: ‘‘Orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram.”
Tahun 1978 Dewan Ulama Pas Kelantan dalam perjumpaan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan, selepas Pas keluar daripada Barisan Nasional (BN), membangkitkan semula hukum kafir terhadap UMNO. Dewan Ulama Pas Kelantan itu menuduh UMNO kafir.
Tahun 1979 Tok Guru PAS di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut mengkafirkan ahli UMNO.
Disebut di mahkamah bahawa beliau didapati menuduh “orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional (BN) hukumnya murtad” dan “orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang”. Juga ‘‘sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan”; “tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional” dan “kalau tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina.”
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang juga pernah dalam fatwanya tahun 1982 menghukum kafir kepada orang UMNO iaitu apa yang disebut sebagai ‘Amanat Hadi’. Semua orang telah maklum dan tidak perlu dijelaskan lanjut mengenai amanat dan hukum yang dibuat oleh Hadi itu.
Nik Aziz bukan sahaja suka membuat tuduhan yang bukan-bukan kepada orang UMNO bahkan beliau sendiri pernah mengeluarkan kenyataan melampau terhadap agama Islam Yang Maha Suci, seperti Tuhan juga samseng, Tuhan mencarut, sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk kemenangan dan sebagainya.
Namun kata-katanya yang cukup menyinggung perasaan umat Islam itu tenggelam begitu sahaja dimamah zaman, walaupun ia cukup melampaui batasan ajaran Islam.
Semasa ajaran Ayah Pin berada di peringkat yang cukup kritikal, Pas yang menjadi kerajaan di Terengganu tidak mengambil tindakan tegas untuk menghapuskan ajaran sesat itu. Pelbagai binaan wujud di perkampungan Ayah Pin di Hulu Besut.
Apabila Barisan Nasional mengambil alih semula Kerajaan Terengganu barulah ‘cerek gergasi’, ‘perahu Nabi Nuh’, ‘payung kuning’ dan sebagainya yang dibina sekitar tahun 2001 hingga 2003 (di zaman pemerintahan Pas) telah dirobohkan oleh Kerajaan BN-UMNO Terengganu.
Lantaran itu wajarkah UMNO disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin dan Pas ajaran yang betul dan tiada cacat celanya.
Sesungguhnya Nik Aziz semakin melampau apabila merasakan tiada siapa boleh mengambil tindakan ke atasnya.

BTN bukan punca perpecahan

KUALA LUMPUR 23 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa program yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara (BTN) telah menyebabkan perpecahan kaum.
Perdana Menteri berkata, tidak timbul soal program BTN telah memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana apa yang disampaikan adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera.
''Sesi penerangan tentang hak-hak kaum lain juga dibuat dan para peserta diberikan kebebasan untuk menyatakan pandangan, idea serta pendirian masing-masing semasa mengikuti program berkenaan.
''Oleh yang demikian adalah tidak benar sama sekali dakwaan seperti yang tersiar dalam akhbar The Star bahawa BTN terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman sempit sehingga menyebabkan perpecahan antara kaum,"
katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Koo Ham bertanyakan adakah berasas dakwaan surat pembaca yang disiarkan di dalam akhbar The Star pada 25 Mei lalu bahawa BTN telah menyebabkan perpecahan kaum.
Dalam surat itu, seorang pembaca yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Individu Yang Kesal dari Bukit Jalil mempersoalkan peranan BTN yang dikatakan tidak selaras dengan gagasan 1Malaysia apabila para peserta program diingatkan supaya tidak mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan kontrak sosial yang dipersetujui antara kaum.
Menurut Najib, fungsi dan peranan BTN sejak penubuhannya pada tahun 1981 adalah untuk memupuk semangat patriotisme, cintakan negara, nilai-nilai murni dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
''Ia mengendalikan Program Bina Negara yang meliputi pelbagai kursus dan seminar yang dihadiri oleh para pemimpin, warga institusi pendidikan, anggota perkhidmatan awam, pemaju masyarakat, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pekerja swasta.
''Terkini, BTN juga akan menumpukan pada usaha menerapkan semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,"
katanya.
Tambah Najib, sukatan untuk program BTN itu disediakan oleh golongan profesional yang mahir dalam bidang-bidang tertentu dan ia termasuk latihan sikap berteraskan nilai-nilai murni.
''Setiap maklumat yang disampaikan di dalam silibus ini adalah berasaskan pada fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman sempit," jelasnya.

Kenaikan 'melampau' punca motosikal luar bandar tiada insurans

KUALA LUMPUR 1 Julai - Kadar premium insurans lebih mahal daripada motosikal! Keadaan itu kini dihadapi rakyat khususnya penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah ekoran tindakan syarikat-syarikat insurans menaikkan premium insurans pihak ketiga sehingga 200 peratus.
Jadi tidak hairanlah apabila kebanyakan kenderaan khususnya motosikal di kampung-kampung tidak mempunyai insurans.
''Jika dulu mereka hanya membayar RM100 tetapi selepas premium naik, mereka perlu bayar RM400," kata Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Ledang, Ir. Hamim Samuri ketika membahaskan Rang Undang-Undang Bank Negara 2009 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau justeru menggesa kerajaan bertindak segera menangani perkara itu yang menyebabkan hidup rakyat khususnya penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah semakin terbeban.
Menurutnya, sebahagian besar penduduk luar bandar mengambil polisi insurans pihak ketiga untuk kenderaan dan sudah tentu kenaikan yang melampau membuatkan kehidupan mereka semakin tertekan.
''Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, syarikat insurans tidak harus menaikkan polisi insurans pihak ketiga kerana ia membebankan rakyat. Hidup rakyat kini susah, janganlah kita menambahkan lagi beban mereka," tegasnya.
Hamim percaya langkah terbaru yang dilakukan oleh syarikat-syarikat insurans itu adalah untuk mengaut keuntungan dan beliau mahu ia dikawal dengan sebaik-baiknya oleh kerajaan.
''Peraturan mewajibkan semua pemilik kenderaan memiliki insurans harus dikawal selia agar tidak ada syarikat-syarikat insurans ini yang sewenang-wenangnya mengaut untung," katanya.
Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika membahaskan rang undang-undang sama berkata, ia akan menjadi antara punca Barisan Nasional (BN) sukar mendapat sokongan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.
''Kenaikan insurans ini menjadi isu yang cukup hangat di kampung sebab yang terbabit ialah pemilik motosikal. Kadar premium lebih mahal daripada harga motosikal sebab motosikal sudah buruk.
''Ini boleh menyebabkan pemilik motosikal di Manek Urai sukar untuk memberi undi kepada BN. Terus terang saya beritahu kerana ini perkara yang nyata dan jelas,"
katanya