16 Julai 2009

Perginya seorang Guru Al-quran yang Mursyid

Pada tanggal 12 Jun 2009 hari Jumaat yang lalu telah kembalinya ke rahmatullah seorang lagi guru Al -quran yang agak masyhur dan tidak asing lagi dikalangan masyarakat di daerah Pasir Mas,Allahuyarham ialah Ustaz Muzdi @ Che Muda b Awang 56 tahun.Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir sekembalinya dari Mengadili Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Negeri Kelantan yang bertempat di Balai Islam Lundang kerana serangan jantung.
Sebelum ini Allahyaraham juga merupakan guru agama yang berkhidmat di Sek Men .Agama Maahad Muhammadi Pasir Mas ,Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama Arab Pasir Mas(SMUAPM).Allahyarham begitu disegani oleh pelajar-pelajar semasa hayatnya.Boleh dikatakan semua Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah tersebut amat mengenali beliau oleh kerana ketekunannya mengajar ilmu-ilmu Al-quran baik di sekolah dan di rumahnya pada malam hari.Disamping itu Allahyarham juga sangat aktif mengajar ilmu-ilmu kepada masyarakat setempat dan yang jauh.Beliau juga adalah salah seorang murid kepada Hj Mat Pergau Qari Negeri Kelantan yang masyhur pada suatu ketika dahulu.
Bagi penulis ,penulis merasakan kehilangan yang besar kerana sebarang kemusykilan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan Al -quran maka penulis akan merujuk kepadanya.Sebelum ini pun penulis selalu bercita-cita untuk belajar lebih lanjut lagi dari beliau berkenaan dengan selok belok Al-quran,tapi oleh kerana tidak berkesempatan dan oleh kerana penulis bertugas di Perak ini maka terbantutlah segala cita-cita tersebut...Allah lebih menyayangi beliau...Penulis pun terkejut apabila mendengar tantang pemergiannya pada petang hari tersebut daripada seorang kawan yang menghubungi penulis melalau telefon.Allahyarham di semadikan di tanah perkuburan Dusun Nyor bersebelahan dengan Pondok Tuan Guru haji Abdul Ghani di kg Kubang Bemban.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan (Nurhanani).Semoga rohnya dicucuri rahmat ..Al-Fatihah ..Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan