02 Julai 2009

j-QAF...Terima kasih PAK LAH

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam,selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Allhamdulillah sekali lagi diucapkan kepada Allah S.W.T diatas kesempatan untuk saya menuliskan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan Perdana Menteri kita ,Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi di atas mengideakan dan seterusnya mewujudkan program Jawi,Quran,Arab dan Fardu A'in ( j-QAF )di sekolah-sekolah kebangsaan bermula pada tahun 2005 yang lalu. j-QAF merupakan satu program yang berfokus kepada Jawi,al-Quran,bahasa Arab dan fardu 'ain untuk membolehkan murid dapat khatam al-quran pada tahun 6 sekolah rendah,di samping meningkatkan penguasaan dalam tulisan Jawi,menghayati amalan fardu 'ain dan boleh berkomunikasi dengan perkataan-perkataan mudah dalam bahasa Arab
Sebenarnya telah lama saya ingin menukilkan ucapan ini ,tapi baru kali ini kesempatan telah di berikan oleh Allah kepada saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.Di sini saya ingin mewakili puluhan ribu daripada Guru-guru j-QAF di seluruh negara yang sedang berada dalam dunia pendidikan khususnya di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Setakat ini lebih kurang seramai 24867 guru j-QAF di seluruh negara yang mendapat manafaat dari program ini yang bermula dengan pengambilan 3663 orang pada awal tahun 2005 yang lalu dan dijangka akan mencecah ke angka 32171 orang guru menjelang tahun 2010.Sebagai salah seorang guru j-QAF yang mendapat manafaat secara langsung dari program ini saya berasa teramat bersyukur kehadrat illahi kerana telah menganugerahi seorang pemimpin yang dapat menyelesaikan banyak masalah lebih-lebih lagi masalah pengangguran dikalangan mahasiswa- mahasiswi dalam bidang agama baik dari universiti dalam dan luar negara.Kalau di renungkan sebelum tercetusnya idea ini,ramai di antara mahasiswa/wi dalam bidang agama boleh dikatakan berkerja dalam keadaan yang tak menentu bak kata orang"bidang terjun " sahaja dalam perkerjaan mereka untuk mencari pendapatan.Ada di antara kawan-kawan saya yang berkerja sebagai ejen-ejen insuran,membuka kelas qiraati, menjadi imam ,berniaga dan bermacam-macam lagi perkerjaan yang tidak sinonim dengan bidang mereka.Kalau adapun yang sinonim,seperti mengajar di Sekolah-sekolah Agama Negeri,mereka sanggup meninggalkan sekolah-sekolah tersebut dan memasuki arus perdana.Ini adalah kerana mereka melihat j-QAF dapat memberikan peluang kepada mereka untuk memenuhi pasaran kerja di bawah kerajaan persekutuan yang sememangnya mempunyai imbuhan-imbuhan yang memberangsangkan.Apa yang pasti semua perkerjaan mereka sebelum ini bukanlah pilihan yang mereka idam-idamkan. Tetapi ,oleh kerana peluang untuk mereka sangat sedikit dalam sektor awam khususnya di bidang pendidikan itu sendiri. Walaupun keadaan sebegitu, masih ramai lagi di kalangan guru j-QAF yang tidak bersyukur dengan pemberian nikmat tersebut sehingga mereka sanggup menghentam dan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada kerajaan yang menyediakan kepada mereka pekerjaa di saat mereka memerlukan.Oleh itu ,marilah kita bersama-sama memberi komitmen yang sebaik mungkin dalam menjayakan program ini dan dalam masa yang sama kita juga perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan . Beberapa hari yang lepas Timbalan Menteri Palajaran,Datuk Dr. Puad Zarkashi telah membuat kenyataan bahawa j-QAF insya allah akan ke peringkat sekolah menengah pula.Ini disebabkan oleh kerana peningkatan murid-murid yang sangat menakjubkan dalam menguasai perkara-perkara yang terkandung dalam j-QAF dengan peratusan yang amat tinggi lebih-lebih lagi mereka dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik di samping dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik juga. Dengan ini matlamat Pendidikan Islam islam itu sendiri ialah untuk menghasilkan muslim yang berilmu , beriman , beramal soleh , beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah insya Allah tarcapai.Akhir sekali ...Terima Kasih Kerajaan, Terima Kasih Pak Lah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan