Dr Mohd Asri Zainal Abidin bekas Mufti kerajaan perlis yang lalu,telah di tahan di Gombak oleh JAIS di atas tuduhan mengadakan ceramah dengan tidak ada tauliah.
Dengan Nama Allah yang maha pemurah,lagi maha mengasihani.... Demi masa(1)sesungguhnya manusia itu dalam kerugian(2)Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3) Surah Al-asr 1-3 (Makkiyah)
Menerima sijil daripada Dato Hj Dangiran Bin Hj Mustafa ketika itu sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Islam Dan Moral ,Kementerian Pelajaran Malaysia di PICC Putrajaya.
MELAYU
MelayuMelayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu,Banjar juga disebut Melayu,Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua Melayu,Mamak dan Malbari serap ke Melayu,Malah mua‘alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal Tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh di cari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturahim hati yang murni Maaf diungkap sentiasa bersahut Tangan dihulur sentiasa disambut Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selagi yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: “Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu Masihkah tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran;Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan