27 Oktober 2009

Apa Maknanya Ini...?















Dua majlis yang berlainan tetapi matlamat dan perbincangan yang sama lagaknya.Ini semua mengundang kepada EGM atau pun mesyuarat khas yang perlu diadakan secepat mungkin agar ianya tidak menjadi barah yang semakin membengkak dan pecah seluruhnya.Dalam gambar tersebut Timbalan Mursyidul AM PAS Dato Dr Harun Din sedang berada dalam satu meja bersama KJ,Nasaruddin Mat Isa sedang berbincang dengan Dato Jamil Khir Baharom manakala Salahuddin Ayub sedang berbincang dengan Dato Syamsul Anuar Hj Nasarah.Sementara dalam gambar yang satu lagi ,Nasaruddin sedang menerima kehadiran Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia sambil diiringi oleh Azman Sapawi dan AJK Pemuda UMNO Malaysia ,Lokman Noradam di kediaman Nasaruddin di Nilai pada aidilfitri yang lepas. Mungkin disebabkan oleh situasi sebegini yang kerap diadakan menyebabkan Tok Guru Nik Aziz panas punggung dan terus membuka apa yang terbuku di hatinya dalam blog beliau.Sekarang ini rata-rata pemimpin mereka boleh dikatakan tidak mahu membuka mulut masing masing dengan memberi alasan tidak tahu menahu,tidak baca lagi blog Tok Guru dan macam macam lagi alasan mereka untuk menpertahankan kepincangan dan pergolakkan yang sedang hangat berlaku itu dari diketahui oleh penyokongnya yang sentiasa menganggap parti mereka itu maksum dari sebarang kecelaan dan keburukkan.Ingatlah semua...PAS pun manusia biasa jugak..!!!

2 ulasan:

  1. askum ya fadhil ustaazzzzzzzz....
    ustaz mmg power laaaa dalam soaljawab ni
    agak2 nnt kat padang masyar pun bleh sepetah ni ke..... arap2 ustaz tetap teguh ngan pendirian Idup Umno!!!...mati ustaz!!!!

    BalasPadam
  2. Yang pasti semua orang akan menjawab di padang masyhar nanti,cuma bezanya banyak sikit jee persoalannya,sebab kita baik dari UMNO atau PAS semuanya tidak termasuk dalam golongan MAKSUM...Saya rasanya orang PAS lagi banyak menjawab di mahysar nanti...sebab banyak sangat prangsangka dan suu'alzan kepada orang lain ,belum masuk lagi bab fitnah dan mencaci orang yang hebatnya puak-puak sebelah tu jugak..(tidak akan terlepas daripada kata-kata anak adam itu melainkan padanya ada raqib dan atid)maksud al-quran..jadi masing-masinglah kita beringat-ingat

    BalasPadam