15 Oktober 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009


Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah pun bermula pada 13 oktober 2009 bersamaan dengan 24 syawal 1430H di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) dua hari yang lepas.Sebelum majlis bermula,semua perwakilan dan Ahli Majlis Tertinggi menghadiri majlis taklimat yang di sampaikan oleh Presiden Parti yang juga Perdana Menteri ,Datuk Seri Mohd Najib bin Haji Tun Abdul Razak .Pada perhimpunan Agung kali ini Presiden Parti,YAB Datuk Seri Mohd Najib mengatakan bahawa usaha pembaharuan akan dilakukan dengan pindaan Perlembagaan Parti dan merupakan usaha penjenamaan semula parti agar sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa bagi memastikan kelangsungan UMNO .Selama ini beberapa isu utama yang sentiasa hangat diperkatakan tentang UMNO ialah mengenai sistem kouta, syarat untuk bertanding, kesukaran menjadi ahli ekoran dakwaan wujudnya sekatan di peringkat Cawangan dan beberapa isu lain. Menjawab persoalan itu, Najib berkata, dalam soal bertanding, cadangan pindaan yang akan dikemukakan pada EGM itu nanti memberikan kelayakan yang paling minima bagi membolehkan seseorang itu bertanding jawatan dalam parti. “Tiada syarat (untuk bertanding) cuma kelayakan minima sahaja,” ujar beliau. Bagi Majlis Tertinggi termasuk jawatan Presiden, seseorang itu hanya perlu memegang jawatan di peringkat Bahagian bagi satu penggal dan ia termasuk mereka yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian. Manakala bagi mereka yang hendak bertanding jawatan di peringkat Bahagian pula, seseorang itu mestilah menjadi ahli UMNO sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum layak bertanding. Ditanya harapan beliau terhadap pindaan tersebut, beliau berharap para perwakilan akan menyokong pindaan berkenaan. Mengulas semangat pindaan tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyimpulkan bahawa dengan pindaan tersebut ia akan menjadikan UMNO parti yang paling demokratik di negara ini berbanding parti lain termasuk pembangkang ...bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan