10 Ogos 2009

Nizar melakukan Upacara Nyala Lilin


Ini lah reaksi yang di lakukan oleh Nizar Jamaluddin bersama dengan Nga dan Ngeh ketika menghadiri upacara Nyala Lilin bagi memperingati mendiang Teoh yang meninggal dunia yang mayatnya di temui di tingkat 5 plaza Massalam di Shah Alam .Dalam gambar ini kalau kita perhatikan betul-betul bahawa Nizarlah yang nampak lebih menghayati atau dengan kata lain lebih khusyuk kalau nak dibandingkan dengan Nga dan Ngeh dalam upacara tersebut, kata orang "Lebih sudu daripada kuah".Apa yang kita maklum bahawa upacara nyalakan lilin ini merupakan kepercayaan dan salah satu upacara yang di lakukan oleh kaum Cina mengikut agama mereka.Yang menjadi persoalan kepada kita, adakah Nizar ni sedar apa yang dia lakukan ? Atau sengaja menunjukkan kepada ahli pakatannya iaitu DAP bahawa dia ni lebih mementingkan perasaan pakatan daripada agama islam itu sendiri.Sebagai seorang islam yang kuat imannya,kita percaya bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan orang yang jahil dalam agama islam .Kita harus ingat bahawa perkara seperti itu merupakan salah satu perkara yang bertentangan dengan syariat yang di tuntut oleh Allah S.W.T.Atau dengan erti kata yang lain,kepada sesiapa yang melakukan perkara sebegitu boleh tergelicir akidahnya.Kita telah sedia maklum bahawa lunturnya akidah seseorang adalah disebabkan oleh beberapa perkara dan salah satunya adalah melalui perbuatan kita selain dari pertuturan yang kita tuturkan.Islam tidak melarang kita kalau nak mengucapkan takziah kepada keluarga si mati ,tetapi apa yang dilarang oleh islam sekeras-kerasnya ialah kita termasuk sekali dalam upacara keagamaan tersebut secara langsung.Di sini kita dapat menilai sendiri tentang keperibadian Nizar yang mendakwa memperjuangkan islam itu.Bagi mengulas perbuatan ini beberapa orang Mufti telah membuat kenyataan bahawa apa sahaja upacara seperti itu adalah syirik.Kita semua telah sedia maklum walaupun perkara itu telah dijelaskan oleh pihak punya tubuh,tapi kita faham le,Orang PAS ni bila je mereka disanggah,maka ada-ada saja alasan untuk menutup segala keburukkan yang mereka telah lakukan.memang benar isu ini telah lapuk,tapi kita jangan lupa bahawa yang baik jadikan sempadan dan yang buruk jadikan tauladan .Firman Allah"Dan berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.."Inilah politik PAS kalau yang dah lepas tu mereka nak padamkan seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku.Inilah yang dikatakn oleh Tun Mahathir bahawa melayu mudah lupa.Dulu pihak pembangkang khususnya PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa antara lain kalaulah bergabung dengan bukan islam maka jadi kafir,tapi hari ini bila mereka bergabung dengan DAP macam mana pulak?tentu lah penyokongnya kata itu isu lapuk..Dan banyak lagi perkara-perkara yang dibuat lupa oleh puak barua mereka......bersambung...

11 ulasan:

  1. Demo ni baghu tubik daghi ulu mano ni be wei?? Ni isu lamo doh. Oghe tok peduli doh pasal tuh. DS Nizar pung doh bagi penjelase...

    Oghe dok kecoh pasal gambar Najib pase pelito Hindu, semboh cagho Hindu & replika gergasi Najib kat Batu caves nu lo nih. Dulu dok kato ko Anwar, ni replika dio lg besar, kaloh saiz tuhe Hindu kat Batu Caves tuh. Mano menteri2 UMNO? Mufti? Takdok fatwa ko pasal tuh..

    Semuo bisu tok kato gapo bilo PM buat... tp bilo PKR buat riuh sekapung...

    BalasPadam
  2. Salah catatan anda.

    Meperingantkan seseong rakan yang telah dibunuh atau meninggalkan dunia dengan menyalakan lilin bukanlah kepercayaan dan upacara bangsa Cina. Semacam menyalakan lilin atas kek untuk hari jadi atau untuk suatu "candlelight dinner", bilakah memberi bunga (atas kubur) atau menyalakan satu lilin upacara keagamaan atau sesuatu bangsa? "It is a universal expression! Please don't be so ignorant, macam katak di bawah tempurug...

    BalasPadam
  3. candle light dinner dalam Islam boleh ke? menyalakan lilin untuk orang mati boleh ke? universal expression ka lebih penting, aqidah islamiah ka lebih penting? mentaliti penjajah!

    BalasPadam
  4. setuju dengan tanpa nama. Menyalakan lilin adalah budaya. bukan acara agama. pakai neck tie/ songkok tu pun budaya. tak salah kan..

    lain kali kita perlu berhati2 dengan apa yang di tulis.. takut itu akan menunjukkan kebod**an diri sendiri..

    BalasPadam
  5. Weh, ngapa dema ketinggalan zaman sangat ni.kema dah lama habih selesai sembang hal tu. Carilah cerita terkini, baru hot sikit.
    Misalnya tentang Raja Nazrin bertitahkah, Darak atas tangga di bangunan Masalam kah, dan sekurang kurangnya cerita betapa hebatnya rumah khir Toyo yang ramai di antara Dr gigi mati hidup balik pun tak akan mampu.

    BalasPadam
  6. Macam mana pulak komen anda tentang Najim menyalakan pelita hindu??? siap ada sami hindu sekali...

    Macam mana pula komen anda Najib dan pemimpin UMNO pi kalung bunga di tugu negara yang telah difatwakan HARAM oleh MAJLIS FATWA????

    BalasPadam
  7. Aduh...ado jugok ex-SMUAPM hok jadi barua BN...insaf la wei...

    BalasPadam
  8. Yang hangpa dok jadi barua DAP tu apa ke halnya.....dok bersengkokol dengan orang dok hina islam tu apa citernyoh...katanya memperjuangkan islam...lembut lidah saje je cakap,tapi tindakannya lain....insaf lah....

    BalasPadam
  9. *Masih ingat kah saudara/ri(pondan mana ntah tak bagi nama)...suatu ketika dulu Tuan Guru Nik Aziz ke WAT SIAM di kampung Tiang chandi pasir mas kelantan...?selanjutnya sila cari maklumat sendiri...

    BalasPadam
  10. *Respon- Ni satu lagi,yang hang nak rujuk pada pakai songkok, tali leher dan lilin kek ni pe ke hal pulak...yang tu hang tak payah nak citer le ...Yang jadi musykil ialah hak dok masuk majlis orang cina dok buat upacara lilin dan peggang gambar si Teoh dan seolah-olah dok bertaffakur tu...Mufti dan ulamak semua dah cakap yang benda seumpama itu syirik!!!!!!walau apa cara pun.Nak Tegakkan benang basah buat apa? kita tak sah dok buat lee lagui tuh..banyak lagi benda lain yang boleh dibuat.Dewan ulamak PAS sendiri pun dah kata ,dia tak patut hadir ke situ...meragukan..jadi pilih lee jalan terbaik kalau kebod***an dan kejahilan tidak mempengaruhi diri pelaku dan penyokong yang nak menegak benang basah...

    BalasPadam
  11. Apakah benar sebelum ini syed azidi ada memohon jawatan CEO Darul Digital anak syarikat PMBK melalui IR Ariffahmi dengan gaji RM10,000.00 Sebulan, apabila Ahli Lembaga Mesyuarat Darul Digital menolak permohonan saudara, saudara mula cari pasal dengan IR ArifFahmi, mengatakan melalui SMS kepada Arif Fahmi "CEO Kangkung, PMBK Paria dan macam-macam lagi cacian.

    BalasPadam