20 Ogos 2009

Majlis Fatwa Kebangssan Mengeluarkan Kenyataannya.

Majlis Fatwa kata Nik Aziz "MENYELEWENG"!... TAK LAYAK dipanggil Tok Guru -kata Muhyiddin.

Isu syurga neraka bukan merupakan perkara baru yang dimainkan PAS apabila berlaku pilihan raya baik pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara yang paling kerap membuat kenyataan tersebut. Namun malangnya status Tok Guru yang diberikan kepadanya seolah-olah menjadi lesen untuk beliau terus membuat kenyataan yang mengguris hati umat Islam khususnya ahli-ahli dan penyokong UMNO. Walaupun pelbagai rintihan dan teguran dibuat, Nik Aziz tidak pernah berusaha untuk meperbetulkan keadaan jauh sekali meminta maaf. Terbaru tuduhannya bahawa ajaran Islam yang dibawa UMNO tidak boleh membawa seseorang itu ke syurga mendapat reaksi daripada Majlis fatwa Kebangsaan. Berdasarkan jawatankuasa itu, kenyataan Nik Aziz itu bukan sahaja salah malah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tindakan Nik Aziz memberikan fatwa yang songsang tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Nik Aziz untuk dipanggil sebagai Tok Guru tetapi amat merbahaya. Reaksi terbaru Majlis Fatwa itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, datuk Abdul Shukor Husin yang memaklumkan, berdasarkan pengesahan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-188 pada Mac 2001 terhadap keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan yang telah pun membincangkan isu ketentuan seseorang Islam itu masuk syurga atau negara pada sejak tahun 2000. Pada sidang media yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai hari Rabu, Abdul Shukor berkata, adalah salah untuk seseorang itu membuat kenyataan menentukan sama ada seseorang Islam itu masuk syurga atau neraka. "Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah mengikut ajaran Islam. "Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya. Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Majlis Fatwa untuk membuat fatwa berhubung dengan kenyataan terbaru Nik Aziz yang menyatakan Islam yang dibawa oleh UMNO palsu dan tidak boleh membawa seseorang itu masuk syurga. Walaupun Nik Aziz semalam cuba untuk membetulkan kenyataan yang dibuatnya berhubung dengan itu itu tetapi jika diteliti penjelasannya, ia tetap membawa maksud yang sama. "Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya sambil menambah mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga. Menurut Dr Abdul Shukor, semua pihak adalah diingatkan agar tidak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan perkara yang tidak betul atau pun bida’ah yang pada akhirnya mengeliru serta memecah belahkan umat Islam. "Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan bahawa dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka kecuali Allah S.W.T sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya. “Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita. "Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Jadi, agama itu kalau boleh dalam keadaan kita sekarang ini yang inginkan kepada perpaduan, amat penting kepada umat Islam kepada keharmonian. "Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama itu lebih tinggi," katanya. Sehubungan itu Abdul Shukor berharap sebagai tokoh dan arif mengenai agama, Nik Aziz dapat membetulkan pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan timbul di kalangan umat Islam. Sementara itu Muhyiddin pula berkata, Nik Aziz tidak layak dipanggil Tok Guru kerana telah membuat fatwa songsang yang mendakwa orang UMNO tidak boleh masuk syurga. Sehubungan itu beliau mengingatkan jangan kerana gelaran tok guru, orang ramai akan ikut sahaja apa yang dikatakannya. “Tok guru yang buat fatwa songsang seperti orang UMNO tak boleh masuk syurga adalah bahaya,” katanya semasa berucapa melawat bilik gerakan Barisan Nasional Sama Gagah di Permatang Pasir, petang Rabu. – 19/8/2007
(Ya Allah ya tuhan kami,Pimpinlah kami ke jalan yang kamu redhai dan jauhilah kami selama-lamanya dari menzalimi dan dizalimi dan juga jauhilah kami dari melakukan kesesatan dan menyesatkan orang lain....Aamiin ya Rabbal 'aalamin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan