19 Ogos 2009

Orang UMNO Tidak Akan Masuk Syurga?

Jika hari Isnin Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata ahli UMNO tidak akan masuk syurga kerana UMNO membawa Islam palsu, hari Selasa beliau cuba menjelaskan kenyataannya tetapi jika diteliti penjelasannya itu, ia tetap membawa maksud yang sama. "Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya sambil menambah mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.Ini bukan kali pertama Nik Aziz berdolak dalik dalam kenyataannya dan juga bukan kali pertama memberikan fatwa berhubung dengan ahli-ahli UMNO kerana ia pernah dilaporkan berkata, Islam UMNO dan PAS tidak sama. Menanggapi sikap putar belit Menteri Besar Kelantan yang bergelar Tok Guru itu di samping macam-macam fatwa yang dibuatnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Majlis Fatwa dan alim ulama negara ini membuat pendirian serta mengeluarkan fatwa berhubung dengan kenyataan terbaru Nik Aziz itu.Tapi bagi kita perkara itu tidaklah mengejutkan kerana bila tibanya Pilihanraya Umum atau Kecil seperti sekarang ini,maka perkara seperti ini akan ditimbulkan sejak dari dahulu lagi.Dahulu kita dihidangkan dengan fatwa-fatwa yang bermacam-macam dari Tuan Guru-Tuan Guru mereka bermulanya mereka mengkafirkan Orang UMNO sehinggakan timbulnya sembahyang dua imam,pernikahan tidak sah .Terkemudian daripada itu berlakulah peristiwa Memali yang menyayat hati oleh kerana Fatwa daripada Tok guru-tok guru mereka.Ekoran daripada itu perpecahan berlaku dengan begitu tragis sekali di kampung-kampung sehinggakan penduduk khususnya di Kelantan dan Terengganu tidak menghiraukan di antara satu sama lain,mereka tidak boleh makan sembelihan yang dilakukan oleh Orang UMNO,Pernikahan yang dilakukan oleh Imam Umno tidak sah dan banyak lagi perkara-yang dilakukan oleh penduduk kampung kerana terikut-ikut dengan fatwa yang mengarut dan keterlaluan.Perkara mengeluarkan fatwa seperti ini sentiasa menjadi ramuan yang penting kepada PAS semasa menjelang setiap Pilihanraya untuk didendangkan kepada puak-puak barua mereka yang telah dicucuk hidungnya dengan harapan supaya mereka dapat memperolehi kemenangan dalam pilihanraya tersebut.Sebelum ini semasa PRK Manek Urai Tuan Guru Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang kononnya orang UMNO sesat macam "Ayah Pin Kerajaan Langit "dan macam "Komunis".Kali ini pula beliau juga mengeluarkan fatwa yang terlalu mengguris perasaan bukan sedikit penganut islam di negara ini dengan mengatakan "Orang UMNO tak boleh masuk Syurga".Sedangkan kita tahu bahawa urusan Syurga Neraka ini adalah hak mutlak Allah S.W.T sendiri.Tidak ada sesiapa pun yang diberi tugas untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka.Dalam hal ini teringat saya kepada salah seorang tua yang sudah berumur semasa bersembang secara berseloroh dalam hal ini dia mengatakan "Mugo Orang PAS dan Tok Guru dia ada anak kunci syurga tu gak".Tapi yang malangnya fatwa sebegini amat dipakai oleh orang-orang tua di kampung-kampung dengan alasan "Tok Guru kata sokong PAS masuk Syurga"dan kita tambah "biarlah tak sembahyang pun".Tapi bila kita fikir dan renung berapa ramaikah orang yang terikut-ikut dengan fatwa sebegini sejak dari dahulu hingga sekarang?.Kita bertanya lagi ,"siapakah yang harus bertanggungjawab dalam hal ini?....".Jawabnya Orang Pas dan baruanya lah...!!!

3 ulasan:

  1. niat dan usaha ustaz amat baik bagi memberi penerangan............teruskan

    BalasPadam
  2. ambo amat pehe..kito samo2 anok kelate hok sedar akan putar belit pimpinan pas dari dulu lagi

    BalasPadam
  3. Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) Jumaat lepas pagi ini pulang ke Rahmatullah akibat masalah pernafasan.

    Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada lebih kurang jam 5.50 pagi tadi di sisi isterinya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad.

    Menurut anaknya, Dr Idora Mohamed, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

    Allahyarham memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1978 sehingga Umno Kelantan tewas di tangan Pas dan membentuk kerajaan baru di Kelantan pada 1990.

    Beliau menceburi bidang politik sejak tahun 1950 menyertai Umno dan memenangi pertandingan buat kali pertamanya dalam pilihan raya umum 1969 bagi kerusi parlimen Tanah Merah.

    Allahyarham anak kelahiran Kelantan, dilahirkan di kampong Palekbang, Tumpat, pernah memegang jawatan menteri kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Besar. Pada tahun 1996 pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

    Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor hari ini.

    Kepimpinan kerajaan Pas negeri mengutuskan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan ketenangan roh Allahyarham di sisi Allah SWT._

    BalasPadam