10 Ogos 2009

7 wasiat raja Melayu

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

(1) Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

(2)-Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

(3)- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

(4)- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

(5)- Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

(6)- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

(7)- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

*Respon kepada ulasan tersebut...kalaulah macam tu kenapalah Zaman nabi dulu susah -susah pergi berperang,Nabi bersusah-susah bentuk pasukan tentera dan nabi gali parit al-khandak,dan lain-lain ...kan lebih baik Nabi S.A.W menadah tangan berdoa kepada Allah...sebab Allah menyayangi kekasihnya....sebab Allah itu sebaik penolong....

2 ulasan:

  1. OOi ada ropanya tulih tentang titah Raja Nazrin. Daulat Tuanku. Betui bebeno titah tuanku tu, semua rakyat berterima kasih pada tuanku, cuma nak pebetui yang no 3 tu. Yang menjaga kami dan anak cucu kami ia lah ALLAH

    BalasPadam
  2. refer komen tanpa nama pasal no 3. sememangnya Allah yg menjaga sumer perkara, bukan sahaja kami dan anak cucu kami.yg tu tk payah nk ta'wil.

    BalasPadam