07 Ogos 2009

Saya syukur dengan layanan luar biasa PM - Nik Aziz







Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau amat bersyukur dengan layanan luar biasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepanjang lawatannya ke Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) Selasa. Beliau berkata penghormatan yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin kerajaan pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya. "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyum simpolnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap "corridor of power" untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya kepada pemberita sejurus menyambut kumpulan seramai 50 orang penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat pada Rabu. Nik Abdul Aziz diminta mengulas lawatannya ke perasmian SEZ-ECER oleh Perdana Menteri di Pekan, semalam. SEZ-ECER adalah zon ekonomi khas pertama negara meliputi Kertih di Terengganu hingga ke Tanjung Agas di Pekan yang akan menyumbangkan 80 peratus kepada hasil keluaran ekonomi kawasan ECER. Perdana Menteri berkata zon ekonomi khas mampu menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan merupakan yang pertama di Malaysia. Nik Aziz berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sedia mengundangnya bersama pemimpin lain melawat kawasan itu yang dianggap memang luar biasa dari tempat-tempat lain.
(Apakah semua ini menunjukkan positifnya kerajaan perpaduan dalam erti kata lain ke arah penyatuan bangsa dan agama yang tercinta ini?Sama-samalah kita memanjatkan doa kehadrat illahi.)

2 ulasan:

  1. La awat hang ketinggalan zaman. Kami orang PAS dah tak cakap lagi tentang kerajaan perpaduan. Dah tutup certa tu. Jangan sebut sebut lagi .

    BalasPadam
  2. *Respon
    Perpaduan dalam islam bukan ikut masa-masa sahaja wahai orang PAS...! ,tapi ianya menjadi teras kepada kejayaan umat itu sendiri.Dalam hadis Nabi S.A.W mengatakan yang antara lain maksudnya"orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti satu binaan bangunan saling menguatkan di antara satu sama lain..."Jadi ianya perlu diteruskan sehingga ke akhir dunia ini bagi memastikan umat ini digeruni oleh musuh-musuh islam.Pepatah kita pun ada mengatakan"sebatang lili senang untuk dipatahkan,tapi kalau seikat lidi susah untuk dipatahkan".Cakap je islam tapi tak tahu selok belok islam...

    BalasPadam