30 Jun 2009

Hidup Ini Sangat Seronok........

Hidup ini memang seronok,dan yang paling seronok mengata orang. Seolah-olah kita tu tidak pernah ada kekurangan dan kedhaifan langsung.Kita yang betul !...Kita yang terbaik..!.Kita yang lebih islamik daripada orang lain.Ingatlah bahawa islam telah menuntut kita supaya jangan menjadi orang yang hipokrit.Islam menyarankan agar kita supaya sentiasa bermuhasabah diri masing-masing dan sentiasa menganggap atau meletakkan diri kita ini teramat hina di kalangan makhluk ciptaan Allah S.W.T di muka bumi ini."Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan"....luas pengertiannya,kita diminta menghisabkab diri kita sendiri baik dari segi amalan kebajikan kita,tutur kata kita,hubungan kita dengan Allah,sesama manusia dan alam sejagat sebelum diri kita dihisabkan oleh Allah S.W.T di hari yang tidak bermakna lagi segalanya selain dari mereka yang diberikan oleh Allah hati yang selamat.

Di dalam doa kita dituntut supaya berdoa dengan doa yang di anjurkan oleh Nabi S.A.W yang bermaksud ;"Ya Allah jadikan lah aku dikalangan hambamu yang bersyukur,dan jadikanlah aku dikalangan hambamu yang sabar,dan jadikanlah diriku pada pandangan ku teramat kecil(hina/rendah diri) dan pada pandangan manusia teramat besar(mulia/hebat)dengan rahmatmu ya Allah.." Amin Yaa Raabal Alamin.Dalam pepatah melayu pun ada menyebut dengan bunyinya"Ular menyusur di bawah akar takkan hilang bisanya.."
marilah kita sama-sama renungkan semoga ianya bermanafaat...

1 ulasan: