20 Ogos 2009
Majlis Fatwa Kebangssan Mengeluarkan Kenyataannya.
Isu syurga neraka bukan merupakan perkara baru yang dimainkan PAS apabila berlaku pilihan raya baik pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara yang paling kerap membuat kenyataan tersebut. Namun malangnya status Tok Guru yang diberikan kepadanya seolah-olah menjadi lesen untuk beliau terus membuat kenyataan yang mengguris hati umat Islam khususnya ahli-ahli dan penyokong UMNO. Walaupun pelbagai rintihan dan teguran dibuat, Nik Aziz tidak pernah berusaha untuk meperbetulkan keadaan jauh sekali meminta maaf. Terbaru tuduhannya bahawa ajaran Islam yang dibawa UMNO tidak boleh membawa seseorang itu ke syurga mendapat reaksi daripada Majlis fatwa Kebangsaan. Berdasarkan jawatankuasa itu, kenyataan Nik Aziz itu bukan sahaja salah malah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tindakan Nik Aziz memberikan fatwa yang songsang tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Nik Aziz untuk dipanggil sebagai Tok Guru tetapi amat merbahaya. Reaksi terbaru Majlis Fatwa itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, datuk Abdul Shukor Husin yang memaklumkan, berdasarkan pengesahan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-188 pada Mac 2001 terhadap keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan yang telah pun membincangkan isu ketentuan seseorang Islam itu masuk syurga atau negara pada sejak tahun 2000. Pada sidang media yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai hari Rabu, Abdul Shukor berkata, adalah salah untuk seseorang itu membuat kenyataan menentukan sama ada seseorang Islam itu masuk syurga atau neraka. "Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah mengikut ajaran Islam. "Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya. Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Majlis Fatwa untuk membuat fatwa berhubung dengan kenyataan terbaru Nik Aziz yang menyatakan Islam yang dibawa oleh UMNO palsu dan tidak boleh membawa seseorang itu masuk syurga. Walaupun Nik Aziz semalam cuba untuk membetulkan kenyataan yang dibuatnya berhubung dengan itu itu tetapi jika diteliti penjelasannya, ia tetap membawa maksud yang sama. "Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya sambil menambah mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga. Menurut Dr Abdul Shukor, semua pihak adalah diingatkan agar tidak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan perkara yang tidak betul atau pun bida’ah yang pada akhirnya mengeliru serta memecah belahkan umat Islam. "Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan bahawa dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka kecuali Allah S.W.T sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya. “Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita. "Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Jadi, agama itu kalau boleh dalam keadaan kita sekarang ini yang inginkan kepada perpaduan, amat penting kepada umat Islam kepada keharmonian. "Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama itu lebih tinggi," katanya. Sehubungan itu Abdul Shukor berharap sebagai tokoh dan arif mengenai agama, Nik Aziz dapat membetulkan pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan timbul di kalangan umat Islam. Sementara itu Muhyiddin pula berkata, Nik Aziz tidak layak dipanggil Tok Guru kerana telah membuat fatwa songsang yang mendakwa orang UMNO tidak boleh masuk syurga. Sehubungan itu beliau mengingatkan jangan kerana gelaran tok guru, orang ramai akan ikut sahaja apa yang dikatakannya. “Tok guru yang buat fatwa songsang seperti orang UMNO tak boleh masuk syurga adalah bahaya,” katanya semasa berucapa melawat bilik gerakan Barisan Nasional Sama Gagah di Permatang Pasir, petang Rabu. – 19/8/2007
(Ya Allah ya tuhan kami,Pimpinlah kami ke jalan yang kamu redhai dan jauhilah kami selama-lamanya dari menzalimi dan dizalimi dan juga jauhilah kami dari melakukan kesesatan dan menyesatkan orang lain....Aamiin ya Rabbal 'aalamin)
19 Ogos 2009
Orang UMNO Tidak Akan Masuk Syurga?
18 Ogos 2009
Sedih Dan Geram Menyaksikannya......
17 Ogos 2009
Sama-samalah kita Bersembahyang Hajat Dan Bermunajat...
Kepada muslimin dan muslimat sekalian...marilah kita semua bermunajat dan memohon kelepasan daripada wabak yang semakin menular keseluruh pelusuk Tanahair kita ini dengan bersembahyang hajat,membaca Yaasin dan sebagainya.Dalam hal ini tidak kira lah siapa pun kita, UMNO atau PAS ,ini adalah kerana penyakit ini tidak mengenal samada enta UMNO atau enta PAS,yang pasti dia akan sapu habis.Jangan ingat enta Orang PAS ,maka terlepas dari penyakit ini.
(Doa Pelindung yang diamalkan oleh Imam Abu Hanifah)
Ya Allah ,sesungguhnya aku memohon kepada Mu dengan bilangan makhlukMu ,dengan kemuliaan ‘arasyMu, dengan keredhaan zatMu ,dengan cahaya diriMu, dengan kandungan ilmuMu , dengan maksud kudratMu ,dengan hamparan lemah lembutMu , dengan hakikt syukurMu, dengan setinggi-tinggi kasih sayangMu , dengan pendapatan kehendakMu , dengan semua sifatMu, dengan kesempurnaan menyifatkanMu, dengan kemuncak nama-namaMu , dengan isi kandungan rahsiaMu , dengan keindahan perlindunganMu, dengan limpahan kurniaanMu , dengan kesempurnaan anugerahMu , dengan cucuran sifat pemurahMu , dengan kekerasan kemarahanMu, dengan rahmatMu yang mendahului , dengan bilangan kalimahMu , dengan menunggalkan ketunggalanMu , dengan mengesakan keesaanMu , dengan berkekalan sifat kekalMu , dengan kemuliaan ketuhananMu, dengan keagungan sifat takaburMu, dengan kemegahanMu, dengan kemuliaanMu, dengan kesempurnaanMu, dengan perbuatanMu, dengan nikmat-nikmatMu, dengam kepimpinanMu, dengan kerajaanMu, dengan kekuasaanMu , dengan sifat pemurahMu, dengan belas kasihanMu, dengan lemah lembutMu , dengan kebaikanMu, dengan kemurahanMu, dengan sifat benarMu, dengan kebenaran sifat benarMu , jadikanlah untuk kami kelapangan dan jalan keluar serta penawar daripada dukacita ,wabak , bala dan semua penyakit di dunia dan di akhirat . Begitu juga dengan kebenaran (surah maryam ayat: 1)dan dengan kebenaran (surah As Syura :1) dan(surah Saad:1)dan (Yaasin:1) dan dengan kebenaran(Taha:1) juga dengan kebenaran انا فتحنا لك فتحا مبينا wahai Tuhan yang Maha Mengasihani daripada semua makhluk yang mengasihani .
"Ya Allah Selamatkanlah kami semua daripada bala di dunia dan dan azab di akhirat...Aamin"
10 Ogos 2009
Nizar melakukan Upacara Nyala Lilin
Ini lah reaksi yang di lakukan oleh Nizar Jamaluddin bersama dengan Nga dan Ngeh ketika menghadiri upacara Nyala Lilin bagi memperingati mendiang Teoh yang meninggal dunia yang mayatnya di temui di tingkat 5 plaza Massalam di Shah Alam .Dalam gambar ini kalau kita perhatikan betul-betul bahawa Nizarlah yang nampak lebih menghayati atau dengan kata lain lebih khusyuk kalau nak dibandingkan dengan Nga dan Ngeh dalam upacara tersebut, kata orang "Lebih sudu daripada kuah".Apa yang kita maklum bahawa upacara nyalakan lilin ini merupakan kepercayaan dan salah satu upacara yang di lakukan oleh kaum Cina mengikut agama mereka.Yang menjadi persoalan kepada kita, adakah Nizar ni sedar apa yang dia lakukan ? Atau sengaja menunjukkan kepada ahli pakatannya iaitu DAP bahawa dia ni lebih mementingkan perasaan pakatan daripada agama islam itu sendiri.Sebagai seorang islam yang kuat imannya,kita percaya bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan orang yang jahil dalam agama islam .Kita harus ingat bahawa perkara seperti itu merupakan salah satu perkara yang bertentangan dengan syariat yang di tuntut oleh Allah S.W.T.Atau dengan erti kata yang lain,kepada sesiapa yang melakukan perkara sebegitu boleh tergelicir akidahnya.Kita telah sedia maklum bahawa lunturnya akidah seseorang adalah disebabkan oleh beberapa perkara dan salah satunya adalah melalui perbuatan kita selain dari pertuturan yang kita tuturkan.Islam tidak melarang kita kalau nak mengucapkan takziah kepada keluarga si mati ,tetapi apa yang dilarang oleh islam sekeras-kerasnya ialah kita termasuk sekali dalam upacara keagamaan tersebut secara langsung.Di sini kita dapat menilai sendiri tentang keperibadian Nizar yang mendakwa memperjuangkan islam itu.Bagi mengulas perbuatan ini beberapa orang Mufti telah membuat kenyataan bahawa apa sahaja upacara seperti itu adalah syirik.Kita semua telah sedia maklum walaupun perkara itu telah dijelaskan oleh pihak punya tubuh,tapi kita faham le,Orang PAS ni bila je mereka disanggah,maka ada-ada saja alasan untuk menutup segala keburukkan yang mereka telah lakukan.memang benar isu ini telah lapuk,tapi kita jangan lupa bahawa yang baik jadikan sempadan dan yang buruk jadikan tauladan .Firman Allah"Dan berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.."Inilah politik PAS kalau yang dah lepas tu mereka nak padamkan seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku.Inilah yang dikatakn oleh Tun Mahathir bahawa melayu mudah lupa.Dulu pihak pembangkang khususnya PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa antara lain kalaulah bergabung dengan bukan islam maka jadi kafir,tapi hari ini bila mereka bergabung dengan DAP macam mana pulak?tentu lah penyokongnya kata itu isu lapuk..Dan banyak lagi perkara-perkara yang dibuat lupa oleh puak barua mereka......bersambung...
7 wasiat raja Melayu
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
(1) Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
(2)-Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
(3)- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
(4)- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
(5)- Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
(6)- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
(7)- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
*Respon kepada ulasan tersebut...kalaulah macam tu kenapalah Zaman nabi dulu susah -susah pergi berperang,Nabi bersusah-susah bentuk pasukan tentera dan nabi gali parit al-khandak,dan lain-lain ...kan lebih baik Nabi S.A.W menadah tangan berdoa kepada Allah...sebab Allah menyayangi kekasihnya....sebab Allah itu sebaik penolong....
07 Ogos 2009
Saya syukur dengan layanan luar biasa PM - Nik Aziz
(Apakah semua ini menunjukkan positifnya kerajaan perpaduan dalam erti kata lain ke arah penyatuan bangsa dan agama yang tercinta ini?Sama-samalah kita memanjatkan doa kehadrat illahi.)