18 November 2009
Hari Anugerah Mahkota 2009
17 November 2009
Tajaan Haji Dan SPRM
12 November 2009
Majlis Khatam Al-Quran Di SKMS
Maksud hadis Nabi SAW "Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah mengajarnya membaca al-quran,mengajarnya berenang dan tidak memberi rezeki kepadanya kecuali yang baik-baik." Hari ini majlis Khatam Al-Quran telah pun diadakan di Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari yang telah dirasmikan sendiri oleh Guru Besar SKMS Puan Hajjah Badariah Bt Hj Mat Dom .Majlis Bermula pada pukul 8.15 am dengan di pengerusikan oleh Cikgu Fadhil B Abdul Majid.Pada kali ini majlis diadakan di Dewan SKMS dan turut dihadiri oleh semua murid dari tahun satu sehingga ke tahun enam.Pada tahun ini ,Majlis Khatam ini hanya berfokus kepada murid=murid tahun enam yang sudah khatam Al-Quran......bersambung
Nah Ambik Nih...Puak Demo Pulak
Orang kanan Husam vs menantu Nik Aziz : Ada yang bakal meletup…. (Syed Azidi vs Mohd Ariffahmi) Ni apa kebenda pulak ni? Eh tak percaya lee saya benda-benda macam ni pun boleh berlaku jugak dalam PAS dan lebih-lebih lagi orang yang berada di keliling kelalang Tok Guru Pulak tu.."menantu Tok Guru"...?? ech.ech..ech...Dunia ni dah nak kiamat dah kot..Kan saya sudah kata awal -awal lagi dahulu ,yang puak -puak PAS ni bukannya golongan malaikat dan orang yang maksum.Kita ni kalau Allah nak mengangkat ke darjat yang lebih tinggi,maka dia akan berikan ujian yang berupa-rupa bentuk termasuklah berbentuk kekayaan dari segi kewangan.Jadi ,situasi yang berlaku di Perbadanan Menteri Besar Kelantan sekarang ini boleh menggugat kepercayaan rakyat dan penyokong yang selama ini percaya bahawa orang -orang mereka tidak tertipu dengan ujian dunia tersebut.Namun tuhan ini sangat adil dan saksama dalam mengatur penghidupan dan urusan hamba-hambanya.Sebelum ini ,UMNO lah yang dituduh yang kononnya patut melakukan perkara-perkara seumpama ini.Hari ini Allah nak tunjuk pulak bahawa puak-puak demo pun tak kebal dan maksum.terima lah tamparan ini.Kata orang "kata dulang paku serpih,kata orang kita yang lebih..."Kita sama-sama tunggu dan lihat,siapa yang bakal kena selepas ini.
10 November 2009
Benarkah Bai'ah wujud dalam PAS?
Piala Malaysia... Oooo...Piala Malaysia
Setelah gol kedua merempuh jaring buat kesekian kalinya ,ruang Stadium yang dihuni oleh pasukan Kijang itu telah lenggang dengan keluarnya penyokong yang amat-amat kecewa dengan prestasi dan keadaan yang berlaku itu.Bermula dari situlah kita perhatikan tindak-tanduk penyokong-penyokong kelantan semakin keterlaluan dengan melempar mercun dan membaling botol minuman ke dalam padang dan ada yang membakar tempat duduk di dalam Stadium dan tidak kurang jugak mereka yang merusuh di luar Stadium .
3 Gol berbalas satu ,itulah keputusan yang muktamad yang perlu diakur oleh semua peminat bolasepak tanahair khususnya kita peminat Pasukan Kelantan.Kecewa...kecewa..kecewa..lagi buat kali ini.Sudah le..kekecewaan untuk memenangi Piala FA semasa menentang Pasukan selangor belum terubat,kali ini kekecewaan itu di tambah lagi dengan keputusan yang sememangnya tidak di duga akan berlaku.Tapi pada saya semua ini perlu di buat Postmortem..pertama sekali saya rasakan bahawa kita penyokong kelantan teramat besarnya penyakit takkabur yang bersarang di hati dan sanubari kita...bersambung
03 November 2009
27 Oktober 2009
Apa Maknanya Ini...?
Berpecahlah wahai PAS....
26 Oktober 2009
Bonus...Oh Bonus....
22 Oktober 2009
Jom Masuk UMNO Tok Him.....
15 Oktober 2009
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009
Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah pun bermula pada 13 oktober 2009 bersamaan dengan 24 syawal 1430H di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) dua hari yang lepas.Sebelum majlis bermula,semua perwakilan dan Ahli Majlis Tertinggi menghadiri majlis taklimat yang di sampaikan oleh Presiden Parti yang juga Perdana Menteri ,Datuk Seri Mohd Najib bin Haji Tun Abdul Razak .Pada perhimpunan Agung kali ini Presiden Parti,YAB Datuk Seri Mohd Najib mengatakan bahawa usaha pembaharuan akan dilakukan dengan pindaan Perlembagaan Parti dan merupakan usaha penjenamaan semula parti agar sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa bagi memastikan kelangsungan UMNO .Selama ini beberapa isu utama yang sentiasa hangat diperkatakan tentang UMNO ialah mengenai sistem kouta, syarat untuk bertanding, kesukaran menjadi ahli ekoran dakwaan wujudnya sekatan di peringkat Cawangan dan beberapa isu lain. Menjawab persoalan itu, Najib berkata, dalam soal bertanding, cadangan pindaan yang akan dikemukakan pada EGM itu nanti memberikan kelayakan yang paling minima bagi membolehkan seseorang itu bertanding jawatan dalam parti. “Tiada syarat (untuk bertanding) cuma kelayakan minima sahaja,” ujar beliau. Bagi Majlis Tertinggi termasuk jawatan Presiden, seseorang itu hanya perlu memegang jawatan di peringkat Bahagian bagi satu penggal dan ia termasuk mereka yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian. Manakala bagi mereka yang hendak bertanding jawatan di peringkat Bahagian pula, seseorang itu mestilah menjadi ahli UMNO sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum layak bertanding. Ditanya harapan beliau terhadap pindaan tersebut, beliau berharap para perwakilan akan menyokong pindaan berkenaan. Mengulas semangat pindaan tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyimpulkan bahawa dengan pindaan tersebut ia akan menjadikan UMNO parti yang paling demokratik di negara ini berbanding parti lain termasuk pembangkang ...bersambung
Jamuan Aidil Fitri Di SKMS
14 Oktober 2009
Isa Menang Bergaya di Bagan Pinang
Dalam pada itu, masih lagi kita kedengaran ada pihak-pihak yang yang tidak berpuas hati dengan kemenangan tersebut.Ya lah alasan yang memang kita dengar dari dulu-dulu jugak,"BN guna duit,BN menipu ,BN bawa lari peti undi,BN tukar peti undi dan bla-bla...." Tapi yang kita hairan ,bila sahaja Parti mereka yang menang,mereka tak lah pulak menimbulkan perkara tersebut.Memang kita tidak nafikan bahawa Bagan Pinang merupakan kubu kuat BN,tapi harus juga kita ingat bahawa BN telah dapat mengurangkan majoriti pembangkang dalam siri-siri PRK sebelum ini,contohnya di Manek Urai yang majoritinya 65 undi sahaja yang di menangi oleh Puji Ikan .Ini merupakan rekod yang baik yang harus dikekalkan dan di pertingkatkan dari masa ke semasa.Kita tidak mahu menyalahkan rakyat yang mengundi pembangkang pada Pilihanraya umum ke12 yang lepas.Apa yang kita maklum,pada PRU ke12 yang lepas rakyat dijanjikan dengan janji yang sangat mengasyikkan bagi sesiapa pun yang mendengar siri-siri ceramah dan manifesto pembangkang pada ketika itu.Tapi sekarang ini rakyat sudah kembali kepada landasan yang betul untuk mereka bergantung harap.Tengok lah apa yang berlaku di Penang,di Kedah,di Selangor,di Kelantan ,dan dahulunya di Perak semuanya tidak dapat menunaikan janji mereka yang amat diharapkan oleh rakyat .Jadi sejak akhir-akhir ini kita dapat rasakan bahawa iklim sudah banyak berubah,dan insya Allah bila menjelang PRU ke 13 nanti BN akan memperolehi majoriti 2/3 seperti dulu-dulu ...bersambung
06 Oktober 2009
"Zilzalah" di Padang Ibrah Untuk Semua
Seluruh dunia telah menghantar pasukan penyelamat dan pelbagai bantuan berbentuk kewangan, pakaian ,ubat-ubatan dan lain-lain telah dihulurkan kepada penduduk di Padang.Tidak ketinggalan juga negara kita "malaysia" yang termasuk dalam kategori negara yang terawal menghantar pelbagai bantuan.Sebagaimana kita maklum walaupun sebelum ini negara kita dan rakyat negara ini dikecam oleh sesetengah rakyat indonesia dalam isu Tarian Pendek sehinggakan rakyat kita yang tinggal di negara itu di ancam dengan sweeping malaysia dengan buluh runcing,tapi kita sedikit pun tidak loket untuk membantu mereka di atas dasar keagamaan ,kejiranan serumpun dan kemanusiaan.Sebenarnya bukan sekali perasaan kita diguriskan dan dilukakan oleh mereka ,kita masih ingat bagaimana mereka membakar jalur gemilang kita di hadapan kedutaan kita di jakarta dan boleh diktakan di seluruh negara mereka kerana kebencian mereka kepada kita.
Diharapkan dengan bantuan dan pertolongan yang telah dihulurkan oleh negara kita ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan rakyat mereka yang tidak pandai menilai erti persahabatan dan erti kejiranan.Itu belum termasuk lagi berapa ramaikah diantara mereka yang mencari rezeki di negara jalur gemilang yang mereka bakar itu.Boleh dianggarkan jutaan atau ratusan ribu rakyat mereka yang mencari sesuap nasi di negara kita yang tercinta ini.Sehinggakan kerajaan kita baru -baru ini turut membincangkan tentang kenaikan elaun pembantu rumah dikalangan mereka kepada Rm 800.00 sebulan.
05 Oktober 2009
01 Oktober 2009
29 September 2009
10 Hujah Nik Aziz Perlu Berundur
Jenayah pun banyak berlaku,kerana mereka tak ada pendapatan yang tetap ,maka mereka mencuri,merompak dan berbagai lagi kesalahan.Ini siapa yang patut dipersalahkan?
Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Dato' Ibrahim Ali :
n Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.
n Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.
n Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.
n Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.
n Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.
n Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.
n Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.
n Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.
n Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.
17 September 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Dan Batin
Hari Raya Aidilfitri menjelma lagi menemui kita umat islam setelah sebulan kita berada di dalam bulan yang penuh barakah"Ramadhan"...Samada mahu tidak mahu kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal dahulu untuk Ramadhan kali ini...Dan Insya Allah jikalau diberi umur panjang, kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun hadapan,namun yang pasti tahun-tahun hadapan adalah merupakan Ramadhan yang lain pula.Kata orang,yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi buat selamanya.Betul lah kata Imam Ghazali..."jikalau bintang, matahari dan bulan itu dikatakan jauh ,akan tetapi masa itu lebih jauh lagi dari kita semua" ini adalah kerana masa yang telah lalu tidak mungkin untuk kita menggapainya kembali.
Dalam pada itu kita sedar bahawa Nabi SAW telah bersabda antara lain maksudnya;Jikalau umat ku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan,nescaya mereka akan mengharapkan seluruh tahun tersebut sebagai Ramadhan" . Begitulah kedudukan Istimewa tersebut di berikan kepada Ramadhan.
Pada tahun ini kita akan menyambut hari raya pada hari ahad atau isnin minggu hadapan(20@21/09/09) mengikut Rukyatul Hilal Bulan Syawal dan akan diputuskan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam ahad nanti."Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan,kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan bertemu Allah SWT di syurga kelak"Di hari yang mulia ini marilah kita menyusun jari saling memohon maaf di atas segala kesalahan yang lalu beik daripada tutur kata dan perbuatan,maaf jua perlu dipinta,semoga ikatan ukhuwah kita tetap terjalin selamanya. Lupakan segala sengketa yang berlaku kerana itu semua tidak memberikan apa-apa faedah kepada kita malah boleh memberi kemusnahan yang amat ketara.
Bagi yang berada diperantauan dan akan balik pada besok hari ,berhati-hati di jalan raya semoga selamat sampai dan semoga berada di samping keluarga dan sanak saudara dalam keadaan yang berbahagia..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin
15 September 2009
Lailatul Qadar....Kami Merindui Mu
Sedar tak sedar, hari ini kita telah berada pada tanggal 25 Ramadhan 1430H bersamaan dengan 15 september 2009 ,rasanya sekejap saja masa meniggalkan kita semua tanpa kita sedari bahawa kita telah berada di 1/3 akhir Ramadhan.Ini bermakna kita telah melepasi 2/3 apa yang dikatakan"awalnya rahmat,pertengahannya pengampunan dan akhirnya kelepasan daripada api neraka"...Ya allah kami memohon kepada keredhaan mu untuk kami masuk syurgamu,dan kami memohon agar kamu menghindari kami daripada bakaran api nerakamu...amin."
Sesungguhnya untuk mendapatkan Lailatul Qadar bukannya semudah yang diucapkan oleh bibir dan lidah sahaja,tapi yang pasti ianya memerlukan kepada kesungguhan dan mujahadah kita yang tinggi untuk kita bertemu dengannya.Lailatul Qadar adalah janji Allah SWT yang pasti dan yang sememangnya dikhusus kepada umat akhir zaman ini atau dengan kata lain ,umat Muhammad SAW dengan ganjaran dan kelebihan berlipat ganda .
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang istiqamah dalam ibadat mereka di sepanjang bulan yang mulia ini kerana sudah pasti mereka ini tidak akan terlepas dari menemui Lailatul Qadar yang ianya lebih baik dari seribu bulan .83 tahun dan 3 bulan merupakan hayat yang panjang bagi umat ini,kalau dah Nabi SAW sendiri hanya 63 tahun sahaja tempoh hayatnya,maka kita umatnya tidaklah dapat menungkat langit ini sebegitu lama melebihinya.Ini merupakan satu keistimewaan yang Allah sediakan kepada umat ini kerana kalau nak dibanding dengan umur umat-umat terdahulu seperti umat Nabi Nuh ,Nabi Musa,Nabi Ibrahim dan lain- lain ,maka umur mereka itu jauh lebih lama daripada kita sehinggakan menjangkaui ribuan tahun lamanya.
Hisablah diri masing-masing,apakah amalan yang telah kita kerjakan pada bulan yang mulia ini yang boleh melayakkan kita mendapatkan kesemuanya apa yang dijanjikan oleh Allah .Layakkah kita mendapat semua itu jikalau siang harinya kita penuhi dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah malah jauh sekali untuk kita mendapatnya jikalau dalam masa yang sama kita asyik mengata kepada orang lain,dan mengumpat tentang mereka, sedangkan apa yang diumpat itu belum pasti betul atau tidaknya..Astaqfirullahal azim!
Ayuh lah kita berusaha untuk mengejar janjinya dalam waktu berbaki ini agar mudah -mudahan kita berjaya dalam madrasah ramadhan kali ini.usahlah kita mengharap kepada ramadhan yang akan datang ,kerana itu adalah menjadi rahsia mutlak Allah SWT,samada kita hidup atau mati belum tentu....Marilah kita memperbanyak kan zikir,membaca al-Quran,Bersolawat ke atas Nabi,bersedekah dan beriktikaf dan sebagainya....mudah-mudahan Ramadhan ini dapat merubah kita menjadi hamba yang sentiasa bertakwa kepada penciptanya...
" Ya Allah , kami memohon dengan keberkatan bulan yang mulia ini ,agar engkau jadikanlah kami ini di kalangan hambamu yang benar-benar bertakwa dan hamba mu yang sentiasa bergantung harap kepada mu.Ya Allah...., hindarilah diri kami ,keluarga kami,kaum kerabat kami,masyarakat kami dan umat Muhammad SAW seluruhnya daripada azab seksa neraka mu...aamin"
11 September 2009
Bantuan Raya....Terima Kasih PM
Terima kasih Dato Seri... itulah yang mampu diucapkan oleh lidah yang tidak bertulang ini kepada Perdana Menteri kita yang pandai menilai dan melihat perit jerih rakyatnya di bumi Malaysia yang bertuah ini.Apa yang dimaksudkan di sini ialah kerana Perdana Menteri mengumumkan pemberian duit bantuan raya sebanyak RM500 seorang kepada Penjawat Awam daripada golongan kakitangan sokongan.
Tetapi dalam pada itu saya yakin masih ada di antara mereka di luar sana yang masih tidak puas hati dengan pemberian oleh kerajaan itu.Mungkin ada di antara mereka yang mengatakan"bagi sikit jer"dan ada juga yang mengatakan kerajaan mengula-gulakan rakyat dan macam -macam lagi kata-kata yang terkeluar dari mulut orang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang di beri.Kata orang Kelate"bagi skit mengepek bagi banyak pun mengepek masao mana nak bersyukur nyoh"Betullah sabda Nabi Saw yang bermaksud "Jikalau diberikan sebuah bukit daripada emas kepada manusia ,necaya mereka akan mengatakan alangkah baik kalau dapat sebuah atau dua buah bukit lagi seumpama ini...."
Kata Perdana Menteri,"kita sebagai kerajaan sekarang ini tidak perlu nak melebalkan kita sebagai parti islam, dasarnya islam,baru lah kita nak berbakti dan menolong rakyat."kalau hanya setakat mahu melebalkan itu, sesiapa pun boleh nak melebalkan seperti itu kerana ianya tidak memerlukan kepada modal sesen pun.Lagi pun sekarang ini kita lihat orang yang melebalkan seperti itu pun jauh menyimpang dari yang sebenarnya ,baik dari segi bakti mereka kepada rakyat atau kepada islam itu sendiri.....bersambung
"Ya Allah ,anugerahilah kepada kami pemimpin-pemimpin yang sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kehidupan kami ,pemimpin yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kami,pemimpin yang boleh mendekatkan kami kepada keredhaan mu,dan jauhilah kami sejauh-jauhnya daripada pemimpin-pemimpin yang hanya pandai berkata-kata dan pandai menabur janji palsu ,dan jauhilah juga kami daripada pemimpin-pemimpin yang hidup mereka hanyalah untuk memecahbelahkan perpaduan utuh yang telah wujud antara kami.....aamin yaa mujiibu al-daakwaat..."
09 September 2009
Boleh kah Dikatakan Pejuang Islam Yang Sebenar?
Isu perpaduan masih lagi disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin UMNO khususnya dalam arena politik tanahair.Tetapi isu ini masih tidak mendapat sambutan yang baik daripada pemimpin-pemimpin dari pembangkang khususnya PAS .Tok Guru Nik Aziz semasa ditanya tentang perkara tersebut ,dengan jelas beliau menegaskan bahawa"tidak perlu rundingan kerana itu cerita lama"... katanya.Betul lah itu cerita lama kerana isu ini bermula semenjak zaman Nabi SAW lagi.Tapi jikalau kita ada membaca sejarah Nabi SAW,dalam rangka-rangka permulaan pembentukan negara Islam Madinah dahulu baginda terlebih dahulu mengambil inisiatif dengan mempersaudarakan di antara kaum Uas dan Khazraj yang dahulunya merupakan musuh yang ketat di antara mereka.Begitu juga baginda Nabi SAW juga mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar untuk tujuan tersebut.Selepas daripada Nabi SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ,baginda juga mengambil baiah dengan kaum-kaum lain khususnya kaum Yahudi yang mendiami Madinah pada ketika itu.Selepas daripada selesainya proses mempersaudarakan di antara kaum-kaum tersebut dan baiah dengan kaum Yahudi, maka Nabi SAW pun membentuk Negara Islam Madinah dengan mewujudkan Sahifah Madinah atau perlembagaan madinah yang merupakan perlembagaan yang pertama wujud di dalam sejarah dunia .Jadi kalau kita fikir ,tanpa perpaduan boleh kah tercapai cita-cita PAS untuk membentuk Negara Islam?.Adakah mereka ini ada cara yang lain yang lebih baik dari cara yang telah di ajar oleh Nabi SAW pada 1400 lebih dahulu?Pada saya,Nabi SAW merupakan ikutan atau Qudwah Hasanah bagi kita Umatnya untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.Ini adalah kerana tindak tanduk Baginda adalah berdasarkan daripada wahyu Allah S.W.T .(Dan dia tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan agama islam menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.segala yang diperkatakan itu tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya) surah isyrak:3-4. Dalam soal ini tidak timbul UMNO tersepit ke atau PAS takut ditendang oleh UMNO buat sekian kalinya ,tapi kalau dah Islam sendiri telah menuntut supaya iklim perpaduan perlu ditiup dan didendangkan bagi menjayakan atau menghasilkan daulah islamiah ("baldatun Thaayibatun Waraban ghafur") yang diwar-warkan oleh PAS saban waktu dak ketika.Jadi kalau lah masalah perpaduan ini menjadi igaun PAS kepada masa silam mereka ,maka usahlah dicanangkan untuk membentuk Negara Islam dan undang -undang islam.Ini adalah kerana Negara Islam dan undang -undang islam itu sendiri telah diwujudkan oleh Rasullullah SAW setelah selesainya proses mempersaudarakan di antara orang mukmin dan dalam masa yang sama Nabi SAW mengambil baiah daripada orang kafir Zimmi seperti yang kita telah sedia maklum di atas tadi.
Kata orang kelate "keno ikut jelujur dia barulah jadi" boleh diibaratkan di sini,seperti seseorang yang nak mendirikan solat,perlu mengambil air sembahyang dengan tertib dahulu barulah boleh sembahyang,dan dalam sembahyang pula perlu mengikut tertib-tertibnya dengan rukun Qauli dan rukun fi'linya barulah terhasil sembahyang yang sempurna.Ini tidak ,masa ambil air sembahyang pun dah tidak ikut tertib ,jadi bagaimana sembahyag nak jadi baik dan sempurna dan bagaimana roh sembahyang itu dapat menghindarkan seseorang itu dari melakukan kemungkaran dan maksiat kepada Allah SWT.
" Ya Allah ,yang maha pemurah, lagi maha pengasihani, satu kanlah hati-hati kami umat Muhammad SAW ini supaya berada tetap dalam satu ikatan yang utuh dan kuat semoga kami dapat bersama dalam meninggikan lagi kalimah mu di muka bumi ini buat selama-lamanya.Jauhilah kami dari terjebak dalam bibit-bibit perpecahan yang boleh meruntuhkan agama mu yang mulia ini...Aaamin ya Rabbalalamiin.."
Kedudukan Melayu Dalam Perlembagaan
Pada hari ahad minggu lepas saya sangat seronok membaca satu wawancara dalam Mingguan Malaysia berkenaan dengan kedudukan kita Orang Melayu dalam Perlembagaan.Dalam wawancara yang dinukilkan dalam Mingguan itu saya rasa sangat perlu dibaca dan diamati oleh semua warga negara kita baik kecil,besar ,tua atau pun muda lebih-lebih lagi kaum-kaum yang mendiami negara tercinta ini.Khususnya kaum Cina dan India ...Di sini saya masukkan wawancara tersebut untuk tatapan bersama....
MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?
MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.
Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?
MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.
Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?
MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.
Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.
Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.
Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?
MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.
Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.
Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?
MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-
undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.
Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?
MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.
Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?
MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.
Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?
MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama: raja sendiri yang memerintah. Kedua: raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga :raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.
Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?
MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.
Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?
MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.
Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.
20 Ogos 2009
Majlis Fatwa Kebangssan Mengeluarkan Kenyataannya.
Isu syurga neraka bukan merupakan perkara baru yang dimainkan PAS apabila berlaku pilihan raya baik pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara yang paling kerap membuat kenyataan tersebut. Namun malangnya status Tok Guru yang diberikan kepadanya seolah-olah menjadi lesen untuk beliau terus membuat kenyataan yang mengguris hati umat Islam khususnya ahli-ahli dan penyokong UMNO. Walaupun pelbagai rintihan dan teguran dibuat, Nik Aziz tidak pernah berusaha untuk meperbetulkan keadaan jauh sekali meminta maaf. Terbaru tuduhannya bahawa ajaran Islam yang dibawa UMNO tidak boleh membawa seseorang itu ke syurga mendapat reaksi daripada Majlis fatwa Kebangsaan. Berdasarkan jawatankuasa itu, kenyataan Nik Aziz itu bukan sahaja salah malah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tindakan Nik Aziz memberikan fatwa yang songsang tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Nik Aziz untuk dipanggil sebagai Tok Guru tetapi amat merbahaya. Reaksi terbaru Majlis Fatwa itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, datuk Abdul Shukor Husin yang memaklumkan, berdasarkan pengesahan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-188 pada Mac 2001 terhadap keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan yang telah pun membincangkan isu ketentuan seseorang Islam itu masuk syurga atau negara pada sejak tahun 2000. Pada sidang media yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai hari Rabu, Abdul Shukor berkata, adalah salah untuk seseorang itu membuat kenyataan menentukan sama ada seseorang Islam itu masuk syurga atau neraka. "Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah mengikut ajaran Islam. "Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya. Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Majlis Fatwa untuk membuat fatwa berhubung dengan kenyataan terbaru Nik Aziz yang menyatakan Islam yang dibawa oleh UMNO palsu dan tidak boleh membawa seseorang itu masuk syurga. Walaupun Nik Aziz semalam cuba untuk membetulkan kenyataan yang dibuatnya berhubung dengan itu itu tetapi jika diteliti penjelasannya, ia tetap membawa maksud yang sama. "Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya sambil menambah mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga. Menurut Dr Abdul Shukor, semua pihak adalah diingatkan agar tidak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan perkara yang tidak betul atau pun bida’ah yang pada akhirnya mengeliru serta memecah belahkan umat Islam. "Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan bahawa dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka kecuali Allah S.W.T sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya. “Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita. "Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Jadi, agama itu kalau boleh dalam keadaan kita sekarang ini yang inginkan kepada perpaduan, amat penting kepada umat Islam kepada keharmonian. "Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama itu lebih tinggi," katanya. Sehubungan itu Abdul Shukor berharap sebagai tokoh dan arif mengenai agama, Nik Aziz dapat membetulkan pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan timbul di kalangan umat Islam. Sementara itu Muhyiddin pula berkata, Nik Aziz tidak layak dipanggil Tok Guru kerana telah membuat fatwa songsang yang mendakwa orang UMNO tidak boleh masuk syurga. Sehubungan itu beliau mengingatkan jangan kerana gelaran tok guru, orang ramai akan ikut sahaja apa yang dikatakannya. “Tok guru yang buat fatwa songsang seperti orang UMNO tak boleh masuk syurga adalah bahaya,” katanya semasa berucapa melawat bilik gerakan Barisan Nasional Sama Gagah di Permatang Pasir, petang Rabu. – 19/8/2007
(Ya Allah ya tuhan kami,Pimpinlah kami ke jalan yang kamu redhai dan jauhilah kami selama-lamanya dari menzalimi dan dizalimi dan juga jauhilah kami dari melakukan kesesatan dan menyesatkan orang lain....Aamiin ya Rabbal 'aalamin)
19 Ogos 2009
Orang UMNO Tidak Akan Masuk Syurga?
18 Ogos 2009
Sedih Dan Geram Menyaksikannya......
17 Ogos 2009
Sama-samalah kita Bersembahyang Hajat Dan Bermunajat...
Kepada muslimin dan muslimat sekalian...marilah kita semua bermunajat dan memohon kelepasan daripada wabak yang semakin menular keseluruh pelusuk Tanahair kita ini dengan bersembahyang hajat,membaca Yaasin dan sebagainya.Dalam hal ini tidak kira lah siapa pun kita, UMNO atau PAS ,ini adalah kerana penyakit ini tidak mengenal samada enta UMNO atau enta PAS,yang pasti dia akan sapu habis.Jangan ingat enta Orang PAS ,maka terlepas dari penyakit ini.
(Doa Pelindung yang diamalkan oleh Imam Abu Hanifah)
Ya Allah ,sesungguhnya aku memohon kepada Mu dengan bilangan makhlukMu ,dengan kemuliaan ‘arasyMu, dengan keredhaan zatMu ,dengan cahaya diriMu, dengan kandungan ilmuMu , dengan maksud kudratMu ,dengan hamparan lemah lembutMu , dengan hakikt syukurMu, dengan setinggi-tinggi kasih sayangMu , dengan pendapatan kehendakMu , dengan semua sifatMu, dengan kesempurnaan menyifatkanMu, dengan kemuncak nama-namaMu , dengan isi kandungan rahsiaMu , dengan keindahan perlindunganMu, dengan limpahan kurniaanMu , dengan kesempurnaan anugerahMu , dengan cucuran sifat pemurahMu , dengan kekerasan kemarahanMu, dengan rahmatMu yang mendahului , dengan bilangan kalimahMu , dengan menunggalkan ketunggalanMu , dengan mengesakan keesaanMu , dengan berkekalan sifat kekalMu , dengan kemuliaan ketuhananMu, dengan keagungan sifat takaburMu, dengan kemegahanMu, dengan kemuliaanMu, dengan kesempurnaanMu, dengan perbuatanMu, dengan nikmat-nikmatMu, dengam kepimpinanMu, dengan kerajaanMu, dengan kekuasaanMu , dengan sifat pemurahMu, dengan belas kasihanMu, dengan lemah lembutMu , dengan kebaikanMu, dengan kemurahanMu, dengan sifat benarMu, dengan kebenaran sifat benarMu , jadikanlah untuk kami kelapangan dan jalan keluar serta penawar daripada dukacita ,wabak , bala dan semua penyakit di dunia dan di akhirat . Begitu juga dengan kebenaran (surah maryam ayat: 1)dan dengan kebenaran (surah As Syura :1) dan(surah Saad:1)dan (Yaasin:1) dan dengan kebenaran(Taha:1) juga dengan kebenaran انا فتحنا لك فتحا مبينا wahai Tuhan yang Maha Mengasihani daripada semua makhluk yang mengasihani .
"Ya Allah Selamatkanlah kami semua daripada bala di dunia dan dan azab di akhirat...Aamin"
10 Ogos 2009
Nizar melakukan Upacara Nyala Lilin
Ini lah reaksi yang di lakukan oleh Nizar Jamaluddin bersama dengan Nga dan Ngeh ketika menghadiri upacara Nyala Lilin bagi memperingati mendiang Teoh yang meninggal dunia yang mayatnya di temui di tingkat 5 plaza Massalam di Shah Alam .Dalam gambar ini kalau kita perhatikan betul-betul bahawa Nizarlah yang nampak lebih menghayati atau dengan kata lain lebih khusyuk kalau nak dibandingkan dengan Nga dan Ngeh dalam upacara tersebut, kata orang "Lebih sudu daripada kuah".Apa yang kita maklum bahawa upacara nyalakan lilin ini merupakan kepercayaan dan salah satu upacara yang di lakukan oleh kaum Cina mengikut agama mereka.Yang menjadi persoalan kepada kita, adakah Nizar ni sedar apa yang dia lakukan ? Atau sengaja menunjukkan kepada ahli pakatannya iaitu DAP bahawa dia ni lebih mementingkan perasaan pakatan daripada agama islam itu sendiri.Sebagai seorang islam yang kuat imannya,kita percaya bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan orang yang jahil dalam agama islam .Kita harus ingat bahawa perkara seperti itu merupakan salah satu perkara yang bertentangan dengan syariat yang di tuntut oleh Allah S.W.T.Atau dengan erti kata yang lain,kepada sesiapa yang melakukan perkara sebegitu boleh tergelicir akidahnya.Kita telah sedia maklum bahawa lunturnya akidah seseorang adalah disebabkan oleh beberapa perkara dan salah satunya adalah melalui perbuatan kita selain dari pertuturan yang kita tuturkan.Islam tidak melarang kita kalau nak mengucapkan takziah kepada keluarga si mati ,tetapi apa yang dilarang oleh islam sekeras-kerasnya ialah kita termasuk sekali dalam upacara keagamaan tersebut secara langsung.Di sini kita dapat menilai sendiri tentang keperibadian Nizar yang mendakwa memperjuangkan islam itu.Bagi mengulas perbuatan ini beberapa orang Mufti telah membuat kenyataan bahawa apa sahaja upacara seperti itu adalah syirik.Kita semua telah sedia maklum walaupun perkara itu telah dijelaskan oleh pihak punya tubuh,tapi kita faham le,Orang PAS ni bila je mereka disanggah,maka ada-ada saja alasan untuk menutup segala keburukkan yang mereka telah lakukan.memang benar isu ini telah lapuk,tapi kita jangan lupa bahawa yang baik jadikan sempadan dan yang buruk jadikan tauladan .Firman Allah"Dan berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.."Inilah politik PAS kalau yang dah lepas tu mereka nak padamkan seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku.Inilah yang dikatakn oleh Tun Mahathir bahawa melayu mudah lupa.Dulu pihak pembangkang khususnya PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa antara lain kalaulah bergabung dengan bukan islam maka jadi kafir,tapi hari ini bila mereka bergabung dengan DAP macam mana pulak?tentu lah penyokongnya kata itu isu lapuk..Dan banyak lagi perkara-perkara yang dibuat lupa oleh puak barua mereka......bersambung...
7 wasiat raja Melayu
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
(1) Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
(2)-Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
(3)- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
(4)- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
(5)- Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
(6)- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
(7)- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
*Respon kepada ulasan tersebut...kalaulah macam tu kenapalah Zaman nabi dulu susah -susah pergi berperang,Nabi bersusah-susah bentuk pasukan tentera dan nabi gali parit al-khandak,dan lain-lain ...kan lebih baik Nabi S.A.W menadah tangan berdoa kepada Allah...sebab Allah menyayangi kekasihnya....sebab Allah itu sebaik penolong....
07 Ogos 2009
Saya syukur dengan layanan luar biasa PM - Nik Aziz
(Apakah semua ini menunjukkan positifnya kerajaan perpaduan dalam erti kata lain ke arah penyatuan bangsa dan agama yang tercinta ini?Sama-samalah kita memanjatkan doa kehadrat illahi.)
23 Julai 2009
Ini Yang Diperjuangkan UMNO di Perak
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Melihat kepada berisan Exco pun kita dah boleh meletakkan harapan yang tinggi untuk menjaga kepentingan Agama ,Bangsa dan Negara yang tercinta ini.Itu belum lagi melihat kepada kemampuan mereka dalam menjalankan tugas-tugas sebagai wakil rakyat yang di pilih oleh rakyat di Negeri Perak ini.Mereka ini adalah daripada orang yang telah menunjukkan prestasi yang baik berbakti kepada agama ,nusa dan bangsa.
INIKAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH "PAS"
16 Julai 2009
Perginya seorang Guru Al-quran yang Mursyid
Sebelum ini Allahyaraham juga merupakan guru agama yang berkhidmat di Sek Men .Agama Maahad Muhammadi Pasir Mas ,Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama Arab Pasir Mas(SMUAPM).Allahyarham begitu disegani oleh pelajar-pelajar semasa hayatnya.Boleh dikatakan semua Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah tersebut amat mengenali beliau oleh kerana ketekunannya mengajar ilmu-ilmu Al-quran baik di sekolah dan di rumahnya pada malam hari.Disamping itu Allahyarham juga sangat aktif mengajar ilmu-ilmu kepada masyarakat setempat dan yang jauh.Beliau juga adalah salah seorang murid kepada Hj Mat Pergau Qari Negeri Kelantan yang masyhur pada suatu ketika dahulu.
Bagi penulis ,penulis merasakan kehilangan yang besar kerana sebarang kemusykilan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan Al -quran maka penulis akan merujuk kepadanya.Sebelum ini pun penulis selalu bercita-cita untuk belajar lebih lanjut lagi dari beliau berkenaan dengan selok belok Al-quran,tapi oleh kerana tidak berkesempatan dan oleh kerana penulis bertugas di Perak ini maka terbantutlah segala cita-cita tersebut...Allah lebih menyayangi beliau...Penulis pun terkejut apabila mendengar tantang pemergiannya pada petang hari tersebut daripada seorang kawan yang menghubungi penulis melalau telefon.Allahyarham di semadikan di tanah perkuburan Dusun Nyor bersebelahan dengan Pondok Tuan Guru haji Abdul Ghani di kg Kubang Bemban.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan (Nurhanani).Semoga rohnya dicucuri rahmat ..Al-Fatihah ..Amin.
02 Julai 2009
Jangan Jadi Pengecut
Terlebih dahulu saya menghulurkan salam kepada sesiapa yang melawat ke Blog saya ini.Selamat datang diucapkan dan diharapkan semoga kita dapat berkongsi manafaat di sini.Namun saya mengharapkan kepada sesiapa yang ingin memberi ulasan dalam Blog ini diminta supaya memaklumkan nama sebagai pengenalan untuk terus kita berbicara selanjutnya.
Kita diingatkan supaya tidak menjadi seorang yang "Pengecut" di dalam hal ini.Janganlah pula jadi seperti kata orang" lempar batu sembunyi tangan" .Dalam islam ,perangai pengecut sebagini tidak dianggap sebagai penganut yang berpegang teguh dengan islam itu sendiri."Berani kerana benar,takut kerana salah."Sifat sebegini jikalau dibiarkan akan merosakkan imej islam itu sendiri........bersambung.....